0

BN dikatakan mempunyai peluang yang cerah untuk menempuh PRK di Sungai Besar. kemenangan besar dijangka akan menjadi milik BN. ini kerana BN mempunyai calon yang mudah untuk rakyat mendekatinya....  dan kredibiliti Budiman yang mesra masyarakat mampu menjadi   penentu kemenangan BN.

Walaupun, peluang BN dilihat cerah tapi ia perlu diberi perhatian kerana pengundi mungkin boleh membuat keputusan untuk menolak BN pada saat-saat akhir. hal ini, akan memberi saingan sengit untuk parti lain yang bertanding.

Mungkin, kehadiran Azmin juga perlu diambil berat oleh calon BN dan juga jentera parti. jangan 'raya' awal dengan sokongan padu yang diberikan penduduk setempat. sebab kehadiran Azmin mungkin juga akan menjadikan mencetus provokasi kepada rakyat untuk menolak BN.

Jika kehadiran Azmin untuk menabur fitnah kepada BN semata-mata dan menabur janji itu mungkin hanya lakonan yang di ada-adakan Azmin bersama jentera kerajaan negeri.... sebab nak 'cover' balik separuh masa pertama yang tidak menonjolkan dirinya.

Hanez rasa walaupun Azmin turun padang untuk berkempen bersama jentera PAN dan Pakatan Harapan... ia tidak dapat mempengaruhi undi. sebab Azmin tidak terlibat dengan kempen sejak dari awal macam DS Zambry yang berada sejak awal kempen bermula. ini baru membuktikan kesungguhan BN untuk membantu rakyat Sungai Besar.

"Sedikit sebanyak kehadiran beliau (Mohamed Azmin) mempengaruhi pola pengundian tetapi impaknya tidak sehebat seperti Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang berada sejak awal kempen di Kuala Kangsar," kata Penganalisis politik

Tapi untuk hari-hari terakhir kempen ini, BN harus mengguna segala peluang yang ada untuk menepis pengundi yang akan mengubah haluan di saat-saat akhir , mungkin pendedahan parti BN secara meluas dapat menghakis pengaruh pembangkang untuk rakyat menolak BN. -HanezDot/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top