0

Saat memalukan bagi seorang wanita berusia 23 tahun di Pakistan bukan sahaja di arak di jalan raya dengan kepala dibotakkan jer, malah dihitamkan muka oleh keluarganya sendiri kerana kahwin lari dengan seorang lelaki.. Kejadian memalukan ni berlaku di wilayah Punjab di Pakistan..

Pakistan dan India, lebih kurang jer.. Bila maruah keluarga tercalar kerana perbuatan memalukan macam tu.. Dorang tanpa teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang melampaui batas.. Kalau tak, tak adanya seorang gadis di Pakistan dibakar hidup-hidup oleh ibu kandungnya sendiri kerana kahwin dengan pilihan sendiri..

Gadis ni hanya bernasib baik bila keluarganya takat menghitamkan muka dan botakkan dia, betul tak?? Wanita tu yang didakwa berkahwin lari dengan seorang lelaki kampung berhampiran, kembali ke rumahnya seminggu kemudian..

Sebaik dia balik jer rumah dia, anggota keluarga dia termasuk bapa, suami dan mak tiri dia dikatakan terus mendera dia secara diam-diam dan kemudiannya membawanya menghadap perhimpunan ketua kampung yang mengumumkan hukuman kerana ‘jenayah’ memalukan keluarga..

Kalau hal keluarga melibatkan orang luar, memang akan jadi kacau bilau lah.. Dorang pulak akan melebih-lebih nak menentukan hukuman! Akibat perbuatan kejam tu, aduan sudah difailkan terhadap 10 anggota keluarga mangsa dan anggota perhimpuanan ketua puak..

Sekarang ni kat Punjab dikatakan kerap digegarkan dengan jenayah berkaitan maruah, temasuk pembunuhan sejak kebelakangi.. Sebelum kejadian ni, dua wanita hamil dibunuh kejam oleh ibu bapa sendiri minggu lalu kerana kahwin tanpa kebenaran.. Semakin kejam orang sekarang! - MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top