0

Malang memang tak berbau.. Seorang budak perempuan berusia 12 tahun di India meninggal dunia akibat diserang harimau bintang ketika sedang tidur bersebelahan mak dan bapaknya.. Ngerii dengar binatang buas macam tu masuk ke dalam rumah tanpa disedari.. Huhuhu..

Mangsa yang dikenali Ravina diserang dan digigit di bahagian leher masa sedang nyenyak tidur di rumahnya di Udaipur, India..

Harimau bintang tu kemudiannya dikatakan mengheret mangsa menuju ke belakang rumah di mana budak malang tu dijumpai mati..

Dalam serangan tu, mak dan bapak mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan tak sedar langsung dari tidur masa rumah dorang diceroboh haiwan ganas tu..

Ibu mangsa sedar pun sekitar jam 4 pagi dan mula mencari mangsa selepas menyedari mangsa hilang dari tempat tidurnya..

Mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran lumpur dan kotoran di belakang rumah, selain turut menemui kesan gigitan harimau berkenaan..

Lepas ni pastikan rumah tu tertutup dengan baik dan selamat dari diceroboh lagi haiwan ganas tu.. Kalau tak, siapa pulak akan jadi mangsa noh.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top