0

Malang tak berbau.. Seorang budak lelaki berusia dua tahun ditemui mati selepas diserang seekor buaya dan diheret ke dalam tasik di Disney World ketika bermain di pantai Grand Floridian Resort & Spa di Orlando pada Selasa..

Masa kejadian, mangsa dikenali sebagai Lane Graves dikatakan berada di pantai tu bersama ibu, ayah dan dua adik beradiknya yang lain.. Mangsa ketika tu sedang bermain di ‘Seven Seas lagoon’ sebelum diserang buaya tu.. Bapak mangsa bergegas ke dalam air cetek untuk selamat mangsa tapi gagal..

Bagaimanapun mayat mangsa ditemui awal pagi tadi, tidak jauh dari tempat mangsa diserang buaya tu.. Mangsa dipercayai lemas selepas ditarik buaya tu.. Difahamkan, terdapat amaran ‘dilarang berenang’ berdekatan dengan tempat mangsa tu hilang..

Ini kes melanggar amaran lah yer, sekarang menyesal pun dah tak ada guna.. Haishhh! Dalam operasi mencari mangsa, empat ekor buaya telah dibunuh.. Pihak berkuasa menolak tanggapan bahawa Disney perlu dipersalahkan dengan menyatakan taman tema tu sudah berusaha untuk memastikan pengunjung tak terlalu terdedah kepada hidupan liar..

Tak payah lah nak tunding jari kat mana-mana pihak pun, dah tak guna.. Benda dah jadi.. Kadang-kadang tu disebabkan kecuaian diri sendiri terjadi benda macam tu, betul tak? MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top