0

Bila ada anak kecik kat rumah, barangan bahaya kena letak ditempat selamat untuk mengelak dari kejadian tak diingini berlaku.. Budak kecik dalam usia satu hingga dua tahun kebiasaannya suka mencuba benda yang dorang jumpa.. Betul tak??

Itulah yang berlaku pada seorang kanak-kanak berusia setahun di China tertelan sebatang jarum sepanjang 4cm.. Bayangkan lah jarum dalam badan weii! Sakit teramat lah bila benda tajam dan halus macam tu masuk dalam badan..

Budak malang tu dikenali sebagai Xi’an terpaksa dikejarkan ke hospital di Shaanxi, China.. X-ray yang dijalankan menunjukkan jarum tu berada di tekaknya dengan bahagian yang tajam tu telah mencucuk tonsil.. Eiiiiuuu! Seriauuuu Miss dengar!

Disebabkan tu, doktor terpaksa melakukan endoscopy untuk mengeluarkan jarum berkenaan bagi mengelakkan bahagian dalaman badan Xi’an mengalami pendarahan atau jangkitan kuman..

Nasib baik lah hanya mengambil masa selama 30 saat untuk keluarkan jarum tu.. So, korang yang ada anak kecik kat rumah tu, sila pastikan barangan yang bahaya macam tu sudah diletakkan di tempat yang selamat.. Bukannya apa lah yer, takut jadi macam Xi’an tu jer, kesian budak-budak dok tahan kesakitan.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top