0

Inilah jadinya kalau bagi budak mentah pakai handphone canggih, jahanam habis lah! Miss tahu sekarang zaman serba moden, kebanyakkan mak bapak menyediakan handphone setiap satu bagi anak-anak dorang.. Kononnya tu untuk kemudahan anak-anak lah..

Miss lihat sekarang ni, budak darjah satu pun dah ada handphone masing-masing dan lebih ‘maju’ tu dah pandai main media sosial bagai.. Pakat dok muat naik gambar dan status macam-macam kat laman sosial dorang..

Lain betul dengan zaman Miss dulu, masa tu mana lah tahu nak belek handphone.. Kalau main handphone pun, pasti akan kena marah dengan mak atau bapak lah..

Lagipun, masa tu tahu nak main dengan kawan-kawan jer.. Tak ada masa nak main handphone macam budak sekarang.. Hihiihii.. Kepelbagaian teknologi yang sedia ni sebenarnya ada kebaikan dan keburukannya jugak, betul tak??

Macam tu jugak lah dengan penggunaan handphone canggih dikalangan budak-budak mentah yang baru nak kenal dunia.. Kalau mak bapak tak kawal penggunaan dorang, jadi lah macam budak mentah kat atas tu..

Miss tengok gambar dia hantar kat gadis tu pun, meremang bulu roma dan ‘seram’ jer! Huhuuhu.. Mana tidaknya, selamba badak dia jer menghantar gambar dia dalam keadaan bertelanjang bulat.. Tak boleh blah lagi tu, dia ajak gadis tu ‘main –rogol-rogol’..

Amboiiii! Dia fikir ‘rogol’ tu satu permainan ke, hah?? Ini ke ‘permainan’ budak zaman sekarang yer?? Gila betoiii! Miss tengok muka budak tu pun, nampak sangat muka budak sekolah rendah.. Ini pasti terpengaruh dengan laman web tak senonoh atau pengaruh rakan sebaya..

Miss harap mak bapak kat luar sana tu, tolonglah memberi perhatian lebih dan jaga lah pergaulan sosial anak-anak korang yer.. Jangan biar dorang terlampau bebas sangat..

Sibuk macam mana sekali pun, luangkan lah masa sikit mengambil tahu pasal anak-anak.. Jangan sampai anak korang jadi liar dan tak dengar cakap, baru nak menyesal! MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top