0

Calon BN Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mendapat sambutan yang baik oleh penduduk setempat dengan gaya dan caranya yang boleh menarik penduduk untuk mengenali serta mencipta hubungan rapat dengan beliau.

Penduduk berharap yang Budiman dapat menjalankan tanggungjawab berterusan,bukan saja semasa PRK tapi memberi lebih perhatian kepada rakyat setelah selesai pengundian nanti. Masyarakat cina juga dapat menerima baik Budiman kerana sebelum ini Budiman telah menunjukkan keperihatinan beliau terhadap kaum cina.

"Kami harap dia terus peka masalah dan selesaikan isu-isu penduduk di sini secara berterusan," itu antara harapan penduduk Kampung Penerangan di Sekinchan, Sungai Besar

Jadi hubungan antara Budiman dan komuniti  cina sangat baik, ini memberi peluang  yang cerah kepada BN untuk meraih undian tinggi daripada kaum cina di Sungai Besar kerana adanya calon yang berkaliber dapat mempengaruhi kaum cina yang sebelum ini berpihak kepada DAP.

Bagi golongan petani, perubahan yang bakal dilakukan Budiman kepada sektor pertanian disambut baik, rata-rata penduduk mahukan perhatian calon BN bagi industri padi di kawasan tersebut kerana peningkatan kos sara hidup yang ditanggung rakyat menyebabkan petani di kawasan Sungai Besar tercabar.

Oleh itu, penduduk mahukan Budiman terus fokus dengan 20 peratus untuk setiap tan metrik padi yang selama ini telah menjadi beban kepada mereka, dan penduduk juga mahukan penyelesaian bagi masalah ini. Kalau diharapkan kepada pembangkang memang rakyat akan terus tertindas tanpa pembelaan.

Dengan adanya calon BN seperti Budiman dapat membantu rakyat untuk menyelesaikan semua masalah yang tidak dapat dibendung pembangkang. Jika ada calon yang baik seperti ini penduduk harus terus menyokong, bukan saja untuk kemenangan BN tapi bagi membantu rakyat agar terus maju. - Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top