0

Ada desas desus dan khabar angin yang beterbangan membawa berita gembira kepada Budiman Mohd Zohdi yang telah menang besar di Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Sungai Besar selepas meraih majoriti besar

Dengar kata Budiman diramal dan bakal dilantik menjadi timbalan menteri, betul ke?? Tapi kalau tengok dari gaya meyakinkan dan peramah Budiman tu memang layak sangat la kalau dia dilantik menjadi timbalan menteri.

Ramalan tersebut dibuat oleh penganalisis, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi. Mana tidaknya, sebelum ini kerusi Parlimen Sungai Besar  tersebut kan pernah disandang oleh Allahyarhamah Tan Sri Noriah Kasnon yang merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi.

Jadi menurut kata Pensyarah Jabatan Sosiobudaya Universiti Malaya itu lagi, setelah ditafsirkan daripada senarai anggota Kabinet yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terdapat kuota untuk jawatan timbalan menteri bagi wakil rakyat Selangor.

“Jadi, peluang Budiman diangkat sebagai timbalan menteri juga besar. Ia juga sebagai perangsang kepada BN Selangor untuk bekerja keras pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk menawan Selangor.

“Berbanding dengan Datin Mastura Mohd Yazid yang memenangi PRK Kuala Kangsar, Budiman ada pengalaman lebih luas dalam politik,” katanya.

jadi tak mustahil kalau khabar angin dan ramalan yang dibuat penganalisis tersebut benar-benar berlaku. Lagi pun Budiman telah berjaya mempertahankan  kerusi Parlimen Sungai Besar yang disandang Allahyarhamah Noriah yang terkorban dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pda 5 Mei lalu dengan majoriti amat selesa iaitu 9,191 undi.

Budiman berjaya menewaskan Calon Amanah, Azhar Abdul Shukur yang juga Pengerusi Amanah Sungai Besar yang sekadar meraih 7,609 undi sementara calon PAS, Dr Abdul Rani Osman yang juga Adun Meru mendapat mendapat 6,902 undi. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top