0

Tiap kali menjelang bulan Ramadhan pastinya isu mengenai institusi zakat akan dibangkitkan oleh pihak pembangkang. Macam dah takde isu lain yang korang nak ketengahkan untuk dijadikan bahan kontroversi.

Kali ini Parti Amanah Negara (Amanah) pula mempersoalkan tentang kecekapan perlaksanaan kerja-kerja yang dijalankan institusi rasmi zakat. Bukan setakat mempertikaikan institusi zakat, malah menyelar sejauh mana pihak berkuasa memastikan kecekapan pengurusan zakat supaya bantuan benar-benar sampai kepada golongan tertentu.

“Kalau kita lihat dari sudut sebuah negara yang besar, memang saya hampir bersetuju supaya kita serahkan kepada amil dan amil akan mengkajinya di peringkat negara dan ia akan lebih melata dan akan mencapai orang-orang yang lebih layak.

“Cuma realiti pada hari ini kita dapati tidak efisyennya kerajaan dan juga amil yang ada yang akhirnya kita curiga dengan pembahagian zakat itu, kata Naib Presiden Amanah, Hasanuddin Mohd Yunus.

Kenapa harus curiga dengan institusi zakat?? Sebelum ini okey je dorang menjalankan kerja pembahagian zakat kepada fakir miskin... sekarang ni pandai pulak korang nak curiga dan sebagainya.

Mungkin Amanah cuma tidak berpuas hati dengan kenyataan  Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam... yang mendakwa adalah ‘haram’ membayar zakat terus kepada asnaf (penerima zakat) sekiranya wujud badan khas dipertanggungjawabkan mengumpulkan zakat.

“Adalah salah pendapat mendakwa majlis agama menggunakan bahagian-bahagian asnaf itu bagi tujuan lain, sedangkan pegawai menguruskan hal zakat hanya diberi ganjaran gaji melalui bahagian amil,” katanya.

Maksud haramnya tu mungkin pihak zakat khuatir zakat yang dikeluarkan individu itu tidak menepati syarat kerana dorang sendiri yang pandai-pandai cari fakir miskin. Mana tahu zakat mereka tidak sah ke sebab tak menepati syarat orang yang layak menerima zakat. Sebab banyak yang menyamar jadi miskin sekarang ni. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top