0

Seorang lelaki di Jepun tak ada niat nak bunuh bapaknya telah ditahan polis selepas dia secara tak sengaja tertikam bapanya dengan penyepit makanan sehingga mati.. Apa cer sebenarnya ni yer?? Macam mana boleh tak sengaja tertikam pulak??

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Michikazu Ikeuchi, 51 dikatakan mengaku menikam bapa dia berusia 80 tahun di leher menggunakan sebatang penyepit makanan sepanjang 30 sentimeter pada Rabu malam selepas satu pertengkaran di rumah dorang di Osaka..

Al-kisah sebenarnya, Michikazu cuba menghentikan ibu bapanya daripada bertengkar dan tak ada niat pun nak membunuh bapanya.. Masa tu dia dalam keadaan marah dan kemudiannya menghayunkan penyepit di hadapan bapanya sebelum menyedari ia tertikam di leher bapanya..

Pertengkaran bertukar jadi pembunuhan.. Tak pasal-pasal menghabiskan masa tuanya dalam penjara pulak.. Inilah akibatnya kalau perasaan marah tak dapat dikawal, anak dan bapak pun boleh jadi ‘musuh’.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top