0

Seorang remaja perempuan yang jugak merupakan blogger cerita seram, dijatuhi hukuman penjara selama 23 tahun selepas didapati bersalah membunuh ibu dan bapa tirinya pada tahun lepas..

Kes ni memang kejam tapi sebenarnya ada motif besar pembunuhan tu dilakukan.. Korang nak tahu apa bendanya?? Meh Miss ceritakan..

Gadis berkenaan yang dikenali Aslee A. Martinson, 18 yang menggunakan nama gelaran ‘Vampchick’ dalam blognya dikatakan membunuh mangsa sebelum mengunci adik-adik perempuannya di dalam bilik.. Dia kemudiannya melarikan diri bersama dengan teman lelakinya ke Wisconsin..

Aslee mengaku membunuh bapa tirinya, Thomeas Ayer, 37 kerana didera teruk secara mental dan fizikal oleh lelaki tu.. Dia menembak dengan dua das tembakan dan menikam ibunya Jennifer Ayer, 40 sebanyak 30 kali..

Kalau korang nak tahu, Aslee jugak pernah didera oleh bekas kekasih-kekasih ibunya sebelum ni.. Lebih teruk tu, salah seorang daripada dorang tu pernah merogolnya ketika dia berusia sembilan tahun..

Hukuman yang dijatuhkan oleh hakim Michael Bloom dikritik keras oleh adik beradik dan jiran Aslee kerana menyifatkan hukuman tu tak wajar terutama kepada Aslee yang menjadi mangsa dera..

Michael mengatakan dia memahami Aslee didera oleh bapak tirinya, tetapi Aslee tidak sepatutnya mempunyai kekuatan dalam untuk tidak melakukan pembunuhan.. Selain itu, dia percaya Aslee tidak berada dalam keadaan bahaya ketika melakukan pembunuhan tu..

Betul tu! Sepatutnya Aslee hanya perlu melaporkan kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan dan memberi hukuman kepada bapak tirinya atas perbuatan yang dilakukan..

Bukannya bertindak terburu-buru dengan melakukan pembunuhan, betul tak?? Dia masih muda lagi, tak pasal-pasal sekarang ni terpaksa habiskan usia mudanya dalam penjara.. Hurmmm.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top