0

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah tersimpang jauh dari perjuangan parti Melayu sanggup mengadakan Deklarasi Rakyat dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, sekaligus membantu kempen calon Parti Amanah Negara (PAN) Prof Dr Ahmad Termizi Ramli.

Namun begitu, kehadiran Mahathir dalam forum Deklarasi Rakyat bagi membantu kempen calon PAN Kuala Kangsar di Bukit Chandan pada siang tadi menjadi tanda tanya kepada semua pihak.

Ini kerana.... Dalam forum Deklarasi Mahathir itu, bukan hanya dihadiri calon PAN.... Sebaliknya, forum tersebut turut dihadiri oleh calon bebas PRK Kuala Kangsar, Izzat Bukhary.

Menurut Izzat Bukhary, beliau hadir ke forum terbabit kerana beliau menyokong usaha bekas perdana menteri untuk menumbangkan Perdana Menteri serta forum tersebut dibuka kepada semua pihak.... Jadi tidak menjadi kesalahan atau isu beliau turut serta dalam forum ini.

Izzat Bukhary yang tidak diundang ke forum terbabit bagaimanapun menebalkan muka duduk sebaris diatas pentas bersama calon PAN, Mahathir serta pemimpin-pemimpin pembangkang.

Izzat Bukhary juga turut menimbulkan kekecohan dalam forum terbabit apabila beliau yang diminta untuk menandatangani Deklarasi Rakyat di hadapan Mahathir.... Sempat mengambil kesempatan meminta para hadirin untuk mengundi beliau sekiranya menyokong gerakan Mahathir dan menolak calon-calon parti lain termasuk calon PAN.

Tindakan Izzat Bukhary itu, sememangnya menghuru harakan keadaan dan tidak disenangi pihak pengurusan forum terbabit memandangkan forum terbabit merupakan anjuran PAN dan Pakatan Harapan sempena kempen PRK.

Pihak pengurusan yang tidak menyenangi dengan tindakan Izzat Bukhary menumpang pentas calon PAN, segera mematikan mikrofon dan menggesa Izzat Bukhary segera menandatangani Deklarasi serta menggesa Izzat Bukhary supaya duduk ditempatnya. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top