0

Calon Bebas di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar, Izat Bukhary Ismail Bukhary rasanya mesti tak pernah belajar pasal abad dengan orang lain... Sebab tu perangai ada macam ‘bangsat’ sikit.

Itu pun belum lagi jadi wakil rakyat dan menjawat kerusi Parlimen Kuala Kangsar... Izat Bukhary ni sudah mula tunjuk belang yang sebenar! Patut ke dia mempertikaikan mengenai kemampuan kaum wanita untuk menjadi pemimpin??

Amboiiii hina sangat ke seorang wanita nak jadi pemimpin ni?? Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kenyataan yang keluar dari mulut calon Bebas PRK Kuala Kangsar ni sama sahaja seperti dia mempertikaikan serta mempertikaikan mengenai kemampuan dan kebolehan yang dimiliki oleh kaum wanita Kuala Kangsar.

“Ia bukan satu sikap yang baik apabila memperkecilkan kebolehan orang lain terutama wanita yang bertanding dalam PRK kali ini (calon PAS dan BN), ia tidak seharusnya ditonjolkan seseorang yang bertanding untuk mewakili rakyat,” katanya.

Sebelum ini, Izat Bukhary mendakwa bahawa hanya kaum lelaki sahaja yang layak untuk menjadi pemimpin... Kaum wanita hanya layak dok kat dapur je sebab dalam keluarga wanita mana layak untuk jadi pemimpin... So kalau dalam keluarga pun dorang tak layak nak jadi pemimpin jadi macam mana dorang nak memimpin negara??

“Lelaki perlu menjadi pemimpin, bukan wanita. Kalau memimpin keluarga pun tidak mampu, bagaimana mereka hendak memimpin sesuatu yang lebih besar?” soal calon Bebas tersebut selepas proses penamaan calon di Dewan Jubli Perak.

Tambah Zambry yang juga merupakan Pengarah Pilihan Raya BN PRK Kuala Kangsar, sepatutnya calon-calon yang bertanding perlulah berkempen secara rasional dan profesional tanpa menyentuh isu yang menjadi sensitiviti kepada individu lain. Pendek kata kalau nak berkempen tu jangan jadikan isu peribadi sebagai senjata bagi menjatuhkan orang lain.

“Elakkan perkara yang boleh kurangkan pahala puasa dan paling penting kita berkempen dengan cara berhemah tanpa melakukan fitnah yang boleh mencemarkan ibadat puasa,” katanya.

PRK Kuala Kangsar yang menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), PAS, Parti Amanah Negara (Amanah) dan Bebas itu akan berlangsung pada 18 Jun ini.

Selain calon BN, Datin Mastura Mohd Yazid, seorang lagi calon wanita ialah Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad. Amanah pula diwakili Naib Ketua kawasan Kuala Kangsarnya, Prof Dr Ahmad Termizi Ramli. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top