1

Sudah lali laa dengan alasan-alasan parti pembangkang ni.... Dah naik muak dengan alasan yang diberikan ekoran kalah dalam pilihan raya dengan Barisan Nasional.... Setiap kali kalah, mesti alasan 'perkauman' menjadi permainan Barisan Nasional/Umno.

Macam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang diadakan baru-baru ini... Pakatan Harapan tak boleh terima kekalahan mereka dalam PRK ini... Mereka cuba menyalahkan orang lain.

Macam calon Pakatan Harapan iaitu calon Parti Amanah Negara (PAN), Dr Ahmad Termizi Ramli... Beliau boleh salahkan Umno/ Barisan Nasional atas kekalahannya.

Termizi Ramli berkata, propaganda 'kuasa Melayu akan hilang jika DAP menang' masih mempengaruhi pengundi sehingga menyebakan beliau tewas dalam PRK ini.

"Isu nasional mungkin main peranan tetapi propaganda hilang kuasa Melayu jika DAP menang masih menghantui pengundi. Saya sifatkan ini sebagai isu 'pocong' iaitu ketakutan yang tak berasas.

"Saya lihat pengundi masih belum buat keputusan sehingga saat terakhir. Mereka sebenarnya tidak memahami pengundi yang belum keputusan," kata Termizi Ramli

Bila masa pula laaa Barisan Nasional mainkan isu perkauman... Tak pernah pun pemimin Umno/ Barisan Nasional berceramah atau berkempen menyebut mengenai perkauman... Jauh sekali bab-bab perkauman ni.

Yang duk selalu sebut bab perkauman ni pemimpin pembangkang je... Dorang je selalu sebut.... Mana ada pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sebut pasal perkauman... Yang disebut pemimpin Barisan Nasional ialah menyatukan semua kaum dalam negara ini... Takkan tu pun salah??

Terima jelah kenyataan bahawa diri tu dah kalah Termizi Ramli.... Tak payah nak bagi alasan apa pun... Bosanlah bagi alasan 'klise'!!! -AndyBolat/Utaranews.com.

Post a Comment

  1. Sdr. Pengarang. Saya sering ikuti tulisan tuan. Namun font agak kecil dan sukar dibaca. Oleh itu bolehkah font artikel tuan dibesarkan sedikit agar mudah dibaca? T.kasih.

    ReplyDelete

 
Top