0

Kelakarnya dengar!! Betul ke yang sebenarnya parti cauvanis DAP ni ‘cuak’ dan takut untuk berhadapan dengan calon Pas?? Hahaa... Lawak sangat sebab sebelum ni bukan main lagi dorang memperkecilkan dan mempermainkan kebolehan calon Pas tu tapi sekarang ni kecut perut pulak dengan dorang.

Adun Sekinchan, Ng Suee Lim, mengarahkan calon Pas bagi Pilihan Raya Kecil bagi  kawasan Parlimen Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman  supaya segera menarik diri daripada bertanding kerusi Parlimen terbabit.

Ehhhh... kenapa nak suruh tarik diri pulak?? Takut ke nak bertanding menentang Pas?? Kata kuat sangatkan... kalau kuat sangat dan mampu untuk tarik undi kenapa tak bertanding je menentang Pas dan barisan Nasional (BN)... Bertanding tiga penjuru dan tunjuk siapa lagi hebat.

Kononnya nasihat Ng Suee ni, calon Pas Abdul Rani perlu menarik diri sebab rakyat di Sungai Besar tidak perlukan perkhidmatan dan pertolongan darinya. Alasan yang diberi, Abdul Rani tidak diperlukan di Sungai Besar dan jentera Pas sendiri tidak mampu untuk membantunya berkempen.

“Kalau boleh sebelum 18 hari bulan nanti saya akan beritahu Dr Rani supaya tarik diri untuk jaga maruah dan tidak dipergunakan oleh Pas untuk menentang Parti Amanah Negara (Amanah).

“Sebagai kawan saya, dia ada maruah dan jangan gadaikan maruah sempena bulan Ramadan yang mulia ini,” katanya menjawab respons Abdul Rani yang mendakwa kesibukan berkempen menyebabkan beliau terlepas pandang masalah di Pasar Awam Sekinchan.

Malahan pula, Ng Suee mencadangkan supaya calon Pas bagi PRK Sungai Besar itu supaya kembali kepada lubuknya sendiri dan berada di Meru bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi penduduk di sana.

“Saya minta Dr Rani tolong balik ke Meru dan jaga jalan di sana yang berlubang-lubang dan sering dilanda banjir.

“Kalau dia gagal selesaikan masalah di sana tolong jangan persoalkan kerja saya di sini,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Rani dalam satu kenyataannya meminta supaya Suee Lim segera menyelesaikan masalah peniaga di Pasar Awam Sekinchan yang berdepan tekanan selepas Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menaikkan kadar sewa bulanan petak perniagaan sejak Januari lalu.

Haishhhh... macam-macam hal la DAP ni kan... Sebelum ni bukan main lagi cakap besar konon mampu untuk kalahkan mana-mana parti yang bertanding menentang mereka. Tapi kali ni suruh Pas tarik diri pulak hahahaa.. Pelik! Tak yakin dengan calon Parti Amanah Negara (Amanah) ke? - TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top