0

"Saya yakin menang dengan kemenangan yang sangat-sangat tipis," kata calon Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar Dr Najihatussalehah Ahmad di pusat pengundian awak di Kuaters IPD Kuala Kangsar pagi tadi.

Amboi.... Bukan main yakin lagi menang calon Pas PRK Kuala Kangsar ni... Baru diadakan hari pengundian awal dah yakin diri tu nak menang kerusi Parlimen Kuala Kangsar... Siap yakin menang dengan majoriti tipis lagi.

Bila sebut menang tapi dengan majoriti tipis... Tengok calon Pas ni macam tak yakin jer parti Islam tu akan menang di Kuala Kangsar... Kenapa Kak Jiha?? Kak Jiha tak yakin dengan jentera Pas berkempen ke??

Kak Jiha dah memalukan Pas sebenarnya ni.... Kak Jiha sepatutnya yakin dengan diri Kak Jiha menang dengan majoriti yang besar... Takkan Kak Jiha nak menang dengan Parti Amanah Negara (PAN) dengan majoriti yang sikit.... PAN bukannya ramai sokongan pun.

Malulah Kak Jiha kalau Pas hanya menang dengan majoriti yang tipis... Pas sebagai parti yang telah ditubuhkan sepatutnya mendapat majoriti yang besar... Bukan menang dengan majoriti yang tipis dengan PAN.

Ohh... Lupa pula... Kak Jiha bukan cakap pasal PAN sebenarnya... Sebenarnya, Kak Jiha bercakap saingan dengan calon Barisan Nasional Datin Mastura... Patutlah Kak Jiha kata menang dengan majoriti tipis.... Kak Jiha pun tahu Barisan Nasional mempunyai sokongan yang kuat

Kalau dengan Barisan Nasional tu boleh masuk dek akal lagi laa... Sebab Barisan Nasional dan Pas memang mempunyai sokongan yang sengit... Tapi dalam pilihan raya sokongan Pas dan BN sukar nak dijangka. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top