0

Baru-baru ini timbul bahawa koleksi baju keluaran Rozita Che Wan (Che Ta) yang dipasarkan hanyalah indah khabar dari rupa apabila kualiti baju tersebut dikatakan tidak seperti yang diiklankan.

Mengulas mengenai kontrovesi tersebut, Che Ta sekaligus menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa koleksi baju raya beliau yang turut berkolaborasi dengan sebuah pasaraya terkemuka itu tidak berkualiti seperti yang diiklankan.

Katanya lagi, semua rekaan koleksi itu adalah dari ideanya sendiri dan mengharapkan pembeli merasa cantik apabila memakainya. Che Ta turut mengingatkan orang ramai agar peka dengan saiz baju yang dipakai.

“Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tidak kena. Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

"Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk,” katanya seperti yang portal Astro Gempak.

Terdahulu, kecoh apabila ramai pihak mempersoalkan kualiti kain yang digunakan didalam koleksi baju raya oleh Che Ta yang dianggap seperti indah khabar dari rupa dan turut mempersoalkan harga yang dijual seperti tidak berbaloi dengan kualiti kain sehingga mengundang perbalahan diantara peminat beliau di laman sosial.

Post a Comment

 
Top