0

Belum ada sebarang keputusan untuk mengenakan cukai terhadap minuman bergula, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaiam.

Katanya, cadangan tersebut masih dibincang di peringkat kementerian dan sebarang keputusan yang dibuat dipastikan akan memberi kesan baik kepada kesihatan rakyat Malaysia.

"Ia masih lagi kita bincangkan. Kita juga sedang meneliti adakah pengurangan subsidi terhadap gula yang kita laksanakan sebelum ini berjaya mengurangkan penggunaan gula dalam kalangan rakyat Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Klinik Desa Ulu Kenas, Manong di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementerian bercadang untuk mengenakan cukai kepada minuman bergula yang diimport atau diproses di kilang dalam usaha mengurangkan jumlah penghidap penyakit kencing manis atau diabetes di negara ini. - Bernama

Post a Comment

 
Top