0

Kerajaan Thailand menimbang untuk menghalalkan methamphetamine selepas menteri undang-undangnya mengakui negara itu gagal dalam memerangi dadah berkenaan.

Menteri Undang-Undang, Paiboon Koomchaya mencadangkan methamphetamine yang dikenali sebagai ya ba di Thailand patut digugurkan dari senarai dadah berbahaya kerana ia kurang memudaratkan berbanding alkohol atau rokok.

Kenyataan Paiboon itu memberi isyarat mengenai perubahan dasar di Thailand yang tidak bertoleransi dengan dadah dan mengenakan hukuman penjara berat ke atas pesalah.

Akhbar Bangkok Post memetik Paiboon sebagai berkata, pendekatan terhadap dadah itu ketika ini tidak menunjukkan sebarang hasil.

“Dunia kini menyerah kalah kepada dadah dan mula berfikir bagaimana untuk hidup bersama dengan dadah.

“Ia seperti lelaki yang menghidap kanser dan kerana tiada sebarang ubat, dia terpaksa memilih untuk hidup bahagia bersama kanser,” katanya.

Namun, katanya, langkah untuk menghalalkan methamphetamine perlu ditimbang dengan berhati-hati dan terkawal.

Thailand kini bergelut untuk mengawal jumlah penagih dadah yang semakin meningkat. - Agensi

Post a Comment

 
Top