0

Tun M ni macam dah hilang arah tuju sampaikan sanggup nak burukkan BN demi menyokong pembangkang. Dakyah buruk yang disebarkan oleh Tun M sedikit sebanyak dapat mempengaruhi rakyat untuk membenci kepada BN semasa PRK nanti.

Walaupun dulu Tun M disanjung tetapi sekarang dah terbalik kerana sikapnya yang kurang waras, lebih-lebih lagi apabila keputusannya menyertai kempen PRK bersama pembangkang yang dah terang misinya untuk menolak kerajaan BN. 

Sebab tu..DS Ahmad Zahid Hamidi berasa kesal dan sedih kerana tindakan Tun M yang memburukkan calon BN dan dia juga berhasrat mahu menjatuhkan calon BN di Parlimen Sungai Besar. 

Tak patut lah Tun M buat macam tu, sepatutnya dia lebih menghargai jasa BN kepadanya, sebab semasa menjadi pemimpin, jentera BN yang banyak membantu. malah sekarang Tun M pulak tunjuk belang dan mahu bersekongkol bersama pembangkang.

“Beliau cuba bakar kelambu, kita tidak mahu kelambu BN terbakar disebabkan beliau,” jelasnya. 
Tu la korang..bila dalam keadaan marah ni macam-macam boleh jadi, tengok Tun M ambik tindakan yang tak bijak habis semua dia nak naik hantu, sampaikan nak "bakar kelambu" tapi dengan kelebihan kepimpinan BN, bukan senang  hasrat Tun M nak tercapai.

Mungkin, rakyat dah bijak menilai cara pemimpin sekarang. Tak ada lagi yang termakan janji manis dan hasutan yang cuba di propagandakan oleh puak pembangkang. Justeru, rakyat harus memilih parti yang baik serta pemimpin yang berjiwa rakyat. - Hkay/Utaranews.com 

Post a Comment

 
Top