0

Tudiaaaaa... Janji-janji manis yang ditaburkan pembangkang terhadap Parti Amanah Negara (Amanah), manis gila cek oiiii! Boleh potong kaki bebbbbb... Entah benar atau tahyol semata-mata tak tahu la Gomez pun.

Dap dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan main lagi tabur janji kononnya dorang akan berusaha dan berkorban nyawa untuk membela nasib parti mentah Amanah tu. Dorang katanya akan tatang Amanah macam minyak yang penuh... Iyela Amanah kan masih lagi baru konon nak didik la.

Setiausaha organisasi kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata tidak adil bagi rakyat serta parti lain untuk menilai dan membuat kesimpulan bahawa Amanah sebuah parti mentah. Alasan yang dia bagi, sebab parti serpihan tu masih baru dan tak boleh dinilai kekuatan mereka hanya melalui dua pilihan raya kecil (PRK) pada 18 Jun lalu.

"Tetapi adakah kita menilai AMANAH sekarang, hanya setahun selepas ia ditubuhkan?" tanya Loke dalam forum itu di Petaling Jaya malam tadi.

Elehhhhh... Tak kan mentah kot! Amanah terhasil dari serpihan Pas kot! Siap anggotanya sudah berpuluh tahun dalam dunia politik. Bohong la kalau masih mentah sebab dorang dah berpengalaman. Atau sebenarnya Amanah memang tak boleh pakai pun.

Kalau betul Amanah ni berpotensi... Pasti dorang dapat tunjuk peningkatan semasa PRK Kuala Kangsar dan Singai Besar yang lalu. Ini tidak... Gomez tengok sama je langsung takde keistimewaan meski pun telah dibantu oleh PKR dan DAP.

Sudah la masa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tempoh hari pun calon Amanah seorang pun tak mampu nak beri saingan terhadap Barisan Nasional (BN), lepas tu dalam PRK pun kalah lagi hahahaha malangnya nasib Amanah. Nak bela apa lagi???

Atau itu semua hanya ayat nak cover malu dan menyesal kerana memilih Amanah... Nak sekarang ni desperate pulak nak pujuk Pas sebab Amanah langsung tak boleh pakai.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top