0

Isu pembangkang yang bercakaran tidak asing lagi di telinga rakyat, tengok macam PAS dan DAP ni saling berebut kerusi Parlimen yang akan di adakan di Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Walaupun mereka ni sama-sama pembangkang kerajaan, tapi tak mahu berbincang sesama-sendiri. Perangai bodoh sombong puak pembangkang ni memang tak boleh dijadikan teladan.

Korang tahu tak..baru-baru ni Adun Sekinchan, Ng Suee Lim telah mengesa Calon Pas PRK Sungai Besar, Dr Abdul Rani Othman untuk mengundur diri daripada menjadi calon untuk menentang PAN yang juga sekutu DAP di dalam Pakatan Harapan.

Mungkin, Suee Lim ni dah "panas punggung" kerana sambutan rakyat terhadap PAN kurang memberangsangkan. sebab tu.. Suee Lim nak PAS tarik diri, boleh lah PAN jadi satu-satunya kepala pembangkang bagi melawan BN.

Nampak tak permainan si Suee Lim ni.....

“Politik seperti ini biasa, lagipun tak ada halangan dalam politik Malaysia untuk seseorang itu menjadi ahli parlimen di kawasan bukan kelahirannya ", kata Rani.

Kadang-kadang puak pembangkang ni kurang cerdik jugak, selalu saja keluarkan kenyataan sebelum cerminkan diri sendiri dulu.

Suee Lim sebelum ni mengkritik Rani kerana bukan anak tempatan dan tidak wajar untuk jadi ahli Parlimen di kawasan Sungai Besar.

Tapi Presiden DAP, Lim Guan Eng sendiri di angkat menjadi ketua menteri sedangkan dia juga bukan anak kelahiran Pulau Pinang.

“Kalau macam itu, Suee Lim juga tidak seharusnya menjadi wakil rakyat di Sekinchan kerana beliau sendiri tinggal di Shah Alam,” katanya.

Memang bermacam isu akan timbul bila PAS tak mahu bersama Pakatan, dalam hal pembangkang ni sedikit sebanyak akan memberi kesan ke atas pentas politik di Malaysia.

Rakyat juga keliru dengan tingkah laku pembangkang yang tidak konsisten untuk bersatu, ada saja masalah yang dihadapi mereka. - Hkay/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top