0

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar, DAP dan PAN berkempen menggunakan modal dengan mengatakan Pas kini tidak lagi seperti Pas di era Allahyarham Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat.

DAP dan PAN menuduh bahawa Pas dibawah kepimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang kini lebih terjerumus untuk bersama dengan Umno selepas parti Islam itu keluar dari Pakatan Harapan.

Bosan betul DAP dan PAN ni... Tak ada modal lain betul nak menyerang Pas... Pakai modal yang sama je.... PAN pulak jelas jadi khadam DAP duk ikut serang Pas guna modal yang sama... Better masuk DAP jelaa PAN!!!

Tahulah PAN dan DAP jeles tengok Pas kini berbaik dengan Umno... Takut Pas dan Umno kuasai undi orang-orang Melayu.... Nak harapkan PAN dapatkan undi orang Melayu... Tak tahulah kena tunggu PRU berapa tahun lagi.... Hahaha.

Ekoran tuduhan itu, Idris Ahmad tampil menyelar dan menjelaskan bahawa Pas tidak sama sekali mahu bersama dengan Umno dan Barisan Nasional, tetapi hanya menjalinkan kerjasama untuk mengukuhkan pentadbiran berlandaskan syariah Islam.

Naib Presiden itu turut menyifatkan serangan DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) terhadap Pas yang mengatakan Pas kini sedang bekerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional sebagai kehabisan modal.

Biasalah tu... Nama pun DAP dan PAN... Dorang ni memang jenis suka pakai modal yang sama berulang kali... Maklum sajalah... Parti dorang jenis banyak masalah... Parti lain jarang bermasalah,. So, dorang recyle laa balik modal lama. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top