0

Walaupun Pas bukan lagi merupakan anggota dalam Pakatan Harapan... DAP yang telah menganggap Pas sebagai musuh utama masih mahu mengawal pergerakan parti Islam itu pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang cuba mengawal Pas dari dalam Pakatan pembangkang dengan mencadangkan Pas supaya menumpukan kepada kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja... Selebihnya akan menjadi tumpuan kepada Pakatan Harapan.

Ewah-ewah DAP ni.... Sesuka hati jer agih-agihkan kerusi macam tu jer...  Ingat Pas ditubuhkan untuk tawan negeri-negeri tu saja?? Banyak cekadak betoi DAP ni... Dah takda apa-apa hubungan dengan Pas pun masih kalut nak kawal Pas.

Ekoran cadangan Kit Siang yang kononnya disangkakan bernas dan adil bagi semua parti pembangkang, Naib Presiden Pas Idris Ahmad menyifatkan cadangan pemimpin supremo DAP itu sebagai cadangan yang mengarut dan tidak masuk akal.

Idris berkata, terpulang kepada Pas mahu bertanding di mana-mana yang disukai Pas kerana Pas kini bukan lagi sebahagian dari Pakatan Harapan dan Pas kini merupakan blok pembangkang ketiga.

"Pas tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa DAP hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang.

"Cadangan itu tidak logik. Ikut suka Pas mahu bertanding. Pas bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada Pas mahu bertanding di mana pun," kata Idris Ahmad.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top