0

Isu ‘gurauan’ ahli Parlimen Parti keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkenaan ‘bom’ tersebut ternyata mengundang riaksi negatif pelbagai pihak. Berang dengan tindakan seorang individu yang melaporkan sikap tidak profesional Rafizi tersebut kepada pihak polis, seorang ahli DAP ini naik angin.

Anggota Dewan Rakyat DAP, Lim Lip Eng naik minyak dan meroyan setelah tindakan Rafizi mahu ‘mengebom’ Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal disiasat pihak berkuasa. Punya la biadap ahli DAP ni sehingga dia sanggup menggelarkan kerajaan sebagai ‘bodoh’ dan memanggil pihak berkuasa ‘bengap’.

“Hanya kerajaan yang bodoh dan pihak polis yang bengap akan merasa bimbang dengan belon kuning, karikatur badut dan metafora ‘bom’ yang digunakan dalam ceramah politik,

“Kenapa begitu pantang sekali dengan satira politik, walhal pihak-pihak tertentu boleh sahaja selamba melemparkan ugutan bermandi darah dan menghunus keris dalam perhimpunan besar-besaran tanpa sebarang tindakan?”, katanya.

Anggota DAP ini turut mengungkit kembali mengenai kejadian pendakwaan terhadap 'gadis belon' Bilqis Hijjas dan kartunis politik Zunar. Padahal memang ternyata apa yang diperkatakan Rafizi itu berbaur ugutan jenayah.

Rafizi disiasat atas dakwaan ugutan jenayah. Beliau sebelum ini berkata berharap calon Pakatan Harapan Dr Ahmad Termizi Ramli 'membaling bom atom' kepada Datuk Seri Najib Razak jika menang dalam pilihan raya kecil 18 Jun ini.

Bila dah jadi kontroversi macam ni mula la Rafizi mendakwa bahawa itu semua hanyalah gurauan semata-mata dan memang dia selalu buat macam tu apabila berdepan “kegilaan politik Malaysia”.

“Perdana Menteri yang mempunyai akal fikir yang sihat akan meletakkan jawatan ekoran bom yang satu ini.

“Kerajaan yang bertanggungjawab akan memberitahu rakyat negara ini bagaimana kerajaan merancang untuk mematikan bom jangka ini,” katanya.

Amboiiiii metafora sungguh ayat-ayat pembangkang ni noh hahaha! Macam masuk kelas bahasa melayu pulak... tak habis-habis nak meroyan! -TiraGomez/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top