0

Terkejut besar Gomez bila dapat tahu yang Pulau Pinang adalah merupakan tempat memproses syabu yang paling terbesar di Malaysia. Sangat sesuai kalau Gomez bagi gelaran ‘Pulau Syabu’... Makkkk aiiii! Pulau Pinang dah jadi pusat pengeluaran syabu terbesar kot! Eshhhhh!!

Menurut laporan dari Utusan Malaysia, geng-geng sindiket dadah ni punya la kaya raya dan nak tutup dorang punya kegiatan memproses syabu tu... Dorang sanggup menjadi kediaman mewah seperti kondominium sebagai makmal dorang dalam kegiatan memproses syabu.

Lebih mengejutkan... Geng-geng pak guard atau pengawal keselamatan yang dok jaga pondok keselamatan tu, dorang bukan sahaja dapat gaji daripada kerja dorang jadi pengawal tu. Tapi gaji habuan tutup mulut dari sindiket dadah tu pun dapat jugak.

Perhhhhhh... Mesti masyuk kan! Yang hairannya apa kerajaan DAP ni buat sampai Pulau Pinang boleh jadi ‘pulau syabu’ dan tempat proses syabu terbesar di Malaysia?? Sebab yang menjadi tauke dan dalang kepada semua kegiatan ni adalah orang kenamaan.

Jangan-jangan geng kenamaan ni dah suap duit pada kerajaan situ supaya kunci mulut dan jadikan wang sebagai syurga kepada mereka. Iyela, nak menggelapkan mata pihak berkuasa dan kerajaan di negeri tersebut.

“Pada awalnya, Pulau Pinang hanya menjadi transit kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa, tetapi kegagalan kita bertindak dengan cepat telah menyebabkan keadaan kini bertambah parah.

“Pulau Pinang kini muncul state production (negeri pengeluar) syabu untuk pasaran tempatan dan antarabangsa,” lapor Utusan.

Operasi dilakukan pihak berkuasa selama lima hari, bermula Jumaat lalu berjaya merampas ganja seberat 182kg di Jelutong serta pembongkaran makmal dadah di Bayan Lepas. Syabu tempatan tidak hanya dijual kepada pasaran domestik, sebaliknya diimport ke Thailand dan Indonesia. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top