0

Selepas kekalahan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar baru-baru ini, DAP dan PKR masing-masing menyatakan kekalahan tersebut berpunca daripada Pas.

Nama pun Pakatan Harapan.... Kalau tak cari kesalahan orang lain bukan namanya Pakatan Harapan laa.... Kena pula DAP... Bab cari kesalahan Pas memang nombor 1... Apa yang tak kena dengan Pakatan, mesti Pas dipersalahkan.

Macam PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar yang baru melabuhkan tirainya.... Pas juga yang dipersalahkan... DAP kata, kekalahan Pakatan Harapan dalam PRK tersebut disebabkan kedegilan Pas mahu bertanding dan tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan Harapan

Hairan pula Andy... Apa kena mengena Pas dengan kekalahan Pakatan Harapan pun tak tahu laa... Nak kata Pas sebagai sekutu Pakatan Harapan... Pas bukan lagi sebahagian dari gabungan tu... Pas telah bergerak sendiri bersama parti IKATAN.

Kalau bab bekerjasama tu... Itu hak Pas lah nak bekerjasama atau tidak dengan Pakatan Harapan... Pas bukannya kuda tunggangan Pakatan Harapan untuk terima semua kerjasama.... DAP tak payahlah nak terus salahkan Pas.

Selain itu, ada juga yang berpendapat... Pas perlu mengambil iktibar daripada kekalahan dalam PRK ini supaya kembali ke pangkuan gabungan parti pembangkang bagi menumbangkan Barisan Nasional.

Yang ni rasa nak tergelak... Pandai pula nak ajak Pas balik ke pangkuan... Dah nampaklah tu kekuatan Pas macam mana... Pas walaupun bergerak sendirian, tapi mampu merapatkan jumlah undi Pakatan Harapan yang terdiri daripada 3 parti.

Tak payah beranganlah nak tengok Pas kembali ke pangkuan... Terima jelah hakikat yang Pakatan Harapan dah tewas dengan Pas!!! Hahaha. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top