0

Sebelum ini, pemimpin DAP Pulau Pinang iaitu Exco Lim Hock Seng pernah dijemput oleh Pemuda Gerakan untuk berdebat mengenai isu terowong dasar laut, namun Hock Seng tidak hadir dan memberi alasan semua soalan yang dikemukakan telahpun dijawab olehnya dalam satu sidang media.

Selain itu, Hock Seng turut memberi alasan pemangku Ketua Pemuda Gerakan Pulau Pinang Jason Loo yang mewakili parti Gerakan untuk berdebat tidak setaraf dengannya kerana Jason Loo bukan seorang wakil rakyat.

Ekoran alasan itu, Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng tampil memaklumkan bahawa dirinya akan mengganti tempat Jason Loo untuk berdebat mengenai isu terowong dasar laut memandangkan beliau merupakan seorang wakil rakyat.

Bila Teck Meng menawarkan diri untuk menggantikan tempat Jason Loo dalam perdebatan ini, Hock Seng kini tidak lagi mempunyai sebarang alasan untuk mengelak dari membatalkan perdebatan ini.

Dikhabarkan Hock Seng menerima cabaran untuk berdebat dengan Teck Meng dan perdebatan tersebut akan diadakan pada 27 atau 28 Jun ini di Komplek Masyarakat Penyayang, George Town.

walaupun Hock Seng dikhabarkan menerima cabaran ini dan telah pun mendapat pujian daripada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tapi sahutan yang dibuat oleh Hock Seng ini tidak boleh dipercayai 100 peratus.

Ini kerana, pemimpin-pemimpin DAP Pulau Pinang cukup terkenal dengan sikap 'putar belit'.... Dimana pada akhir-akhir nanti, pemimpin-pemimpin DAP akan memberi sebarang alasan untuk mengelak dari terus mengadakan debat ini.

Oleh demikian, diharap Hock Seng tidak membuat banyak 'akal' pada saat-saat akhir sepertimana yang sering dilakukan pemimpin DAP... Kalau Hock Seng tidak bersedia dan berani untuk berdebat, terus terang saja dari awal... Tak payah berlagak seperti superhero yang ingin menyelamatkan dunia, tapi hakikatnya 'kecut perut'. -AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top