0

DAP Pulau Pinang ni, kalau bab main wayang memang nombor satu... Lagi-lagi wayang nak tambat hati rakyat... DAP memang cukup cekap bab-bab ni... Bak kata orang, pijak semut pun tak mati kalau DAP punya wayang nak ambil hati rakyat ni.

Cer korang tengok kerajaan DAP Pulau Pinang... DAP yang berjaya mengambil kerajaan negeri pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, tak pernah pun nak bina rumah kos rendah untuk golongan yang tidak berkemampuan... Dah hampir 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, tapi tak terbina pun rumah kos rendah unutk rakyat negeri itu.

Walaupun kerajaan Barisan Nasional sebelum ini telah menyediakan tanah untuk mendirikan rumah kos rendah.... DAP tidak meneruskan projek tersebut, malah lebih mengecewakan lagi, DAP sanggup menjual tanah tersebut kepada pihak ketiga untuk mendirikan hospital swasta dan hotel bertaraf lima bintang.

Mesti korang pelikkan kenapa DAP sanggup buat macam tu dan hanya mendirikan projek-projek mewah..... Ini semua sebab nak tebalkan duit poket masing-masing... Mana taknya, nama pun projek mewah... Untung tu dah tentu banyak... Kalau projek rumah kos rendah, berapa jer dorang akan dapat... Orang kata macam tak berbaloi jer... Baik kejar projek mewah.

Yang bestnya pasal kerajaa DAP Pulau Pinang ni... Bila dah kantoi pasal jual tanah rumah kos rendah kepada pihak ketiga dan tidak pernah mendirikan rumah kos rendah... Dorang punya wayang memang cukup 'A'... Bukan 'A' saja, tapi 'A' plus-plus.... Hahaha.

Korang tahu.... DAP Pulau Pinang yang memerintah negeri itu hampir dua penggal sebelum ini tak pernah nak kisah pasal tanah untuk didirikan rumah kos rendah, tapi sekarang DAP Pulau Pinang bukan main sibuk lagi nak mengenal pasti lokasi tanah di negeri itu untuk dibina atau digazetkan untuk projek rumah kos rendah.

Macam-macam betullah DAP ni... Wayang memang cukup kuat... Dah hampir 2 penggal memerintah Pulau Pinang, kenapa baru sekarang DAP sibuk nak bina rumah kos rendah?? Itu pun lepas kantoi jual tanah untuk rumah kos rendah.

Sudah-sudahlah main wayang DAP... Orang pun dah muak dengan lakonan-lakonan DAP ni... Kalau DAP tak nak bina, terus terang jer... Lagipun orang dah cukup 'masak' dengan DAP ni!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top