0

Dah berbuih dah mulut cerita pasal DAP ni.... Lagi-lagi pasal pemerintahan DAP di Pulau Pinang... Tak tahu laa macam mana nak sedarkan mereka yang masih anggap DAP 'is the best' parti dalam negara ni.

DAP ni... Bukan nak kata laa... Dia punya wayang memang 'box office'... Kalah pengarah filem Transformer dan filem-filem box office yang lain... DAP kalau buat filem, mau meletup satu dunia ni.

Andy cuma nak gitahu korang jer laa.... DAP Pulau Pinang ni kononnya cukup prihatin dengan alam sekitar... Sampai lancarkan kempen 'Penang Go Green'... Kononnya nak kata kerajaan Pulau Pinang ni cukup prihatin dengan alam sekitar.

Tapi semua tu wayang kerajaan DAP Pulau Pinang... Lancar je kempen Go Green jadah tu... Haram tak 'green' pun... Yang duk nampak 'green light' nak tarah bukit bakau yang ada kat negeri tu adalaa.

Cer korang tengok bukit kat Pulau Pinang ni... Berapa banyak bukit dah ditarah untuk projek-projek mega... Kalau korang naik jambatan Pulau Pinang, dari situ korang dah nampak kebotakan bukit Pulau Pinang.... Bukan nak sembang kosong.. Tak percaya pergi laa tengok.

Bila rakyat Pulau Pinang bising minta penjelasan... DAP Pulau Pinang buat tak layan jer... Buat macam tak bersalah jer pergi gondolkan bukit bakau yang ada.. Janji duit poket masuk, rakyat letak tepi... Nanti nak dekat pilihan raya, DAP tabur gula-gula bagi rakyat tak nampak.

Ntah laa... tak tahu nak cakap macam mana lagi... Kadang-kadang kesian dengan rakyat Pulau Pinang ni... Agaknya kena tunggu bukit kat Pulau Pinang ditarah sama tinggi dengan bumi baru dorang nak percaya kot... Tu pun kalo dorang nak percaya laa!!-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top