0

Kalau boleh semua parti yang bermain politik di negara ini DAP nak atur jalan hidup dorang... macam dengan parti dorang tu bagus sangat sampai semua nak atur dan ikut cakap dorang. Jika Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN) mungkin DAP boleh atur kehidupan politik dorang tapi tidak bagi Barisan Nasional (BN) dan PAS.

Baru-baru ini pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang ada mencadangkan supaya PAS hanya perlu bertanding di kerusi-kerusi yang berada di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis sahaja dalam pilihan raya umum akan datang.

Amboiiii... Lim Kit Siang ni bapak kepada PAS ke yang suka-suka hati je nak atur dan ajar dorang?? Bagi cadangan yang langsung tak masuk akal pulak tu. Menurut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad, suka hati PAS la nak bertanding kat mana pun. Apa hak DAP nak tentukannya??

"Cadangan itu tidak logik. Ikut suka PAS mahu bertanding. PAS bertanding itu sebab tahu asas kekuatannya jadi terpulang kepada PAS mahu bertanding dimana pun," katanya.

Walaupun cadangan tersebut bagi mengelakkan pertembungan tiga penjuru dan bagi memaksimumkan kemenangan pihak pembangkang. Namun  ia harus status quo dengan PAS dibenarkan bertanding di kawasan yang pernah ditandingi parti itu sebelum ini.

Tambah ahli parlimen Bukit Gantang, Perak itu lagi ia tidak akan menjadi satu pergaduhan dan isu sekiranya Pakatan Harapan memberi laluan kepada PAS untuk bertanding satu lawan satu... PAS mengambil contoh pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar baru-baru ini.

"(Jadi) PAS tidak boleh terhad kepada bertanding di negeri-negeri tertentu sahaja. Jika itu berlaku, maka orang boleh mengatakan bahawa anda (DAP) hanya berhak untuk bertanding di Pulau Pinang," katanya.

Menurut Lim Kit Siang, dorang terpaksa membuat satu perbincangan baru bagi mengatur semula strategi dan bagi mengelakkan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

"Mungkin sekarang masa yang sesuai untuk mengkaji semula cadangan bagi PAS menumpukan perhatian kepada Kelantan , Terengganu , Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (AMANAH) memfokus kepada negeri-negeri lain, tertakluk kepada pelarasan dalam susunan oleh kedua-dua parti politik," ujar Lim.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top