0

Ahli Majlis Tertingi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin menyelar tindakan parti DAP yang gemar menggunakan taktik kotor semata-mata bagi memancing undi rakyat pada kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Alaaaa... Korang semua pasti masak benar dengan permainan dan taktik yang diguna pakai oleh DAP! Mana ada cara lain selain daripada membusukkan parti lain demi meraih simpati rakyat.

Bung Moktar mengutuk tindakan DAP yang sanggup melakukan apa sahaja kerja kotor termasuklah insiden tindakan DAP yang memasang papan iklan rasis ‘Cina babi’ dan menuduh PAS bersekongkol dengan BN dalam skandal 1MDB ketika kempen PRK Sungai Besar.

Macam tu jela corak berkempen yang duguna pakai DAP... Semuanya dengan cara kotor dan dengan harapan dapatlah dorang tanam sifat benci dalam diri rakyat terhadap parti lain... Sekaligus meraih sokongan pengundi kepada sekutu mereka AMANAH pada PRK Sungai Besar.

Macam tu la sikap sebenar DAP kalau korang nak tahu... Atau sebenarnya korang sudah tahu tetapi pura-pura tidak tahu! Atau sebenarnya korang ‘menghalalkan’ apa sahaja yang dilakukan DAP?? Parti kotor macam tu tak layak nak memimpin negara.

“PRK Sungai Besar nampaknya dijadikan medan pemimpin DAP untuk memperlihatkan wajah sebenar parti tersebut, malah mereka sanggup buat apa saja demi meraih sokongan kepada calon yang mereka sokong (AMANAH),” katanya.

Memang tak patut sangat tindakan DAP yang tergamak memasang papan iklan tersebut sehingga menyebabkan ramai pihak yang tidak berpuas hati. Kononnya papan iklan itu adalah symbol serta suara tidak puas hati masyarakat Cina.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata tujuan dorang naikkan papan tanda tersebut adalah sebagai peringatan tentang kelakuan buruk yang pernah dilakukan oleh  Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Yunos dan lain-lain. Nak tunjuk yang Jamal tu jahat, habis dorang tu baik sangat ke?? Padahal dorang tu cuma gunakan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai meraih undi melayu.

“Saya melihat AMANAH sebenarnya hanya dijadikan alat DAP sebab kempen PRK kali ini nampaknya dipimpin DAP dan AMANAH hanya pak turut saja,” katanya. -TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top