1

Kekalahan memalukan calon Parti Amanah Negara (Amanah) yang mewakili Pakatan Harapan dalam pilihan raya kecil (PRK) di Kuala Kangsar dan Sungai Besar dikatakan berpunca daripada parti Islam Pas.

Itu la yang diperkatakan oleh DAP... Bila dah kalah macam ni baru la masing-masing nak salahkan orang lain. Masa dok berkempen tu takde pulak nak salahkan parti lain...Sekarang ni Dap pulak yang terhegeh-hegeh nak salahkan Pas kerana kedegilan mereka yang tidak mahu bekerjasama.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, parti Islam itu sepatutnya jadikan kekalahan kali ini sebagai pengajaran dan iktibar. Kononnya kekalahan calon Amanah disebabkan oleh Pas yang mahu menolong UMNO sehingga menyebabkan undi pembangkang berpecah.

"Mereka seharusnya mengambil iktibar dan berhenti menolong UMNO untuk memecahkan undi pihak pembangkang," katanya.

Iyela.... Sebelum ini Pakatan Harapan kan ada menghulurkan salam perpaduan kepada Pas, kononnya nak bekerjasama dan hanya mencalonkan satu calon sahaja bagi pihak pembangkang. Namun memandangkan Pas kini tidak lagi bersama dalam Pakatan Harapan jadi sememangnya hak Pas untuk bertanding.

Tambahnya, sepatutnya Pas menyahut salam perpaduan yang dihulurkan Pakatan Harapan sebelum ini bagi mengelakan kekalahan memalukan yang terpaksa dihadapi Pas di Sungai Besar ketika ini. Kononnya kekalahan sebanyak 4,883 telah  berjaya menghantar satu isyarat jelas kepada PAS.

"Ianya merupakan satu kemenangan moral, kami dikalahkan tetapi kami tidak tewas. Ini merupakan satu petanda yang cukup memberangsangkan buat Amanah yang baru berusia 8 bulan," katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Dear Nga Kor Ming... go and fly kite....

    ReplyDelete

 
Top