0

U’olls ingat lagi tak Miss A ada kongsikan cerita pasal pengasas produk Qu Puteh iaitu Dato Seri Vida atau lebih dikenali sebagai Dato Vida nak membida nombor pendaftaran ‘F1’ pada harga yang tinggi?

Berapa harga bidaan yang akan dilakukan Datuk Vida tak didedahkan.. Tapi, Miss A dapat tahu nombor pendaftaran ‘F1’ itu dah dibida oleh ramai orang sehingga melebihi RM1 juta.. Disebabkan ada pihak yang dah membida harga lebih tinggi dari Datuk Vida, pengasas produk kesihatan itu dah ‘sakit hati’..

Masih lagi tak mahu mengalah, Datuk Vida tengah dalam proses nak menilai semula harga bidaan semula yang akan dibuat olehnya supaya dapat nombor pendaftaran ‘F1’ tu.. Mungkin Dato Vida akan bida semula pada harga lebih dari RM1 juta..

U'olls semua mesti pelik kan? Sebab apa la yang Dato Vida sanggup habiskan duit berjuta-juta ringgit hanya nak bida nombor tu.. Datuk Vida memang betul-betul nakkan nombor perdaftaran tu sebenarnya sebab nombor itu ada kaitan dengan produk Pamoga Qu Puteh keluarannya..

Datuk Vida rasa dia orang pertama yang berusaha keras keluarkan produk minuman kesihatan macam tu.. Bila dah popular ramai orang yang tiru produk minumannya itu.. Kalau dapat nombor pendaftaran ‘F1’, kiranya nombor pendaftaran itu menjadi ‘Formula nombor satu Datuk Vida'..

Sama ada berjaya atau tidak Datuk Vida untuk dapatkan ‘F1’ itu sama-sama kita tunggu esok.. Bidaan untuk nombor pendaftaran tu akan tamat esok..  Bidaan kedua nombor kegemaran Datuk Vida iaitu ‘V’ pulak akan bermula 15 Julai ini.. Macam-macam hal betul.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top