0

Pejam celik pejam celik.... Dah nak masuk 28 Jun..... Tak sabar pula nak tunggu 28 Jun walaupun tinggal lagi beberapa jam jer.... Mesti korang pelikkan kenapa Andy tak sabar nak tunggu 28 Jun ni.

Andy tak sabar nak tunggu 28 Jun ni sebab ada debat antara pemimpin Gerakan dan DAP Pulau Pinang mengenai isu terowong dasar laut yang mahu dibina oleh kerajaan negeri DAP Pulau Pinang... Dengar kata, banyak isu yang akan dibongkarkan dalam debat ini.

Dikhabarkan, DAP Pulau Pinang akan menghantar Pengerusi Jawatan Kuasa Kerja Raya, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Pulau Pinang Lim Hock Seng sebagai wakil, manakala Gerakan pula akan menghantar Setiausaha Agung Gerakan Datuk Liang Teck Meng.

Debat terowong dasar laut ini akan diadakan di Dewan Kompleks Masyarakat Penyayang, Georgetown pada jam 9 malam dan debat ini akan menggunakan bahasa kebangsaan... Rakyat Pulau Pinang dijemput hadir ke debat ini bagi melihat bagaimana DAP Pulau Pinang akan dilondehkan oleh Gerakan.

Tinggal lagi beberapa jam sebelum sesi berdebat ni.... Andy jadi tertanya pula... DAP sudah bersiap sedia ke untuk berdebat ni?? Bukan apa, takut DAP tak bersedia jer lagi... Sebab banyak kali dah DAP duk batal debat last-last minit... Andy tak nak laa benda-benda macam ni berulang dalam debat kali ini.

Memang Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng ada memberi jaminan bahawa Hock Seng tidak akan lari dari debat ini.... Tapi, jaminan yang diberikan oleh Guan Eng tak menyakinkan.... Bak kata orang, jaminan Guan Eng ni tak boleh pakai!!!

Macam mana nak percaya dengan jaminan yang diberikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ni... Guan Eng sendiri cakap pun berbelit-belit... Memang susah laa nak percaya... Bukan sekali terkena, masalahnya sudah banyak kali terkena.

Apa pun... Kita tunggu dan lihat saja esok macam mana... Adakah DAP akan terus menjadi pengecut dengan memberi alasan untuk debat ini dibatalkan atau mereka menerima cabaran ini untuk dimalukan dihadapan hadirin yang hadir.-AndyBolat/Utaranews.com-

Post a Comment

 
Top