0

Dalam rumahtangga pasti ada pasang surut, terasa hati Miss A rasa adalah perkara biasa yang pasti akan berlaku.. Tapi, pasangan Diana Danielle dan Farid Kamil buat pertama kali dah digandingkan sekali dalam sebuah drama.. Waktu berada di set penggambaran Diana dedahkan dah terasa hati dan sentap dengan kata-kata Farid..

Kat set penggambaran pun pasangan suami isteri ni nak bergaduh ke? Tak malu kat orang yang berada di set penggambaran.. Farid dah cakap apa kat Diana sampai boleh sentap tu? Haa, uolls semua jangan salah faham sebenarnya Diana dedahkan rasa kekok dan takut sebab pertama kali digandingkan sekali dalam drama..

Tak pasti watak apa yang dibawa oleh pasangan ini dalam drama, tapi Diana akui berasa sentap dengan beberapa dialog yang diucapkan Kamal padanya dalam drama.. Mungkin pasangan ini pegang watak sebagai suami isteri dalam drama.. Ada beberapa babak perlukan Farid menggunakan dialog kasar pada isterinya buatkan Diana rasa Farid memang cakap kasar padanya..hehehe

Sebab tu banyak pasangan suami isteri kalau boleh nak elakkan berlakon dalam satu drama yang sama.. Sebabkan dialog dalam drama suami isteri boleh bergaduh, isteri selalunya akan jadi sensitif bila digandingkan sekali dalam drama atau filem..

Tapi, lagi bagus rasanya kalau pasangan suami isteri yang sah digandingkan sekali dalam drama.. Kalau ada adegan bersentuhan dan romantik yang memerlukan hero dan heroin berpegangan.. Pasangan ini memang dah sah, tak kisah la kalau nak pegang lebih-lebih pun..

Artis wanita lagi suka dipegang oleh artis lelaki lain dalam lakonan dari dipegang suami sendiri.. Bila bergandingan dengan suami rasa kekok, takut, segan dan malu.. Berlakon mesra dengan pelakon lelaki lain tak pula rasa segan dan malu.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top