0


Seringkali dilihat berpenampilan mengenakan turban, ramai peminat mula beranggapan bahawa pelakon Didie Alias untuk mula menjinak-jinak untuk mengenakan hijab sepenuhnya tak lama lagi.. Selalunya artis mula dengan tutup sedikit, lama-lama akan berhijab sepenuhnya..

Tak mahu peminat berharap dapat melihat Didie berhijab sepenuhnya, Dide tampil menjelaskan bahawa dirinya selalu dilihat memakai turban bukan sebab akan mengenakan hijab tapi hanya pakai turban sebab nak promosikan tudung jenama anaknya..

Sedar tentang bidang perniagaan melibatkan tudung mendapat sambutan, anak sulung Didie iaitu Nur Dhaniyah dah pun keluarkan jenama tudungnya sendiri ‘Dhania’..

Anak Didie bukan keluarkan tudung turban tau tapi shawl.. Macam artis-artis wanita lain banyak keluarkan jenama tudung sendiri..

Walaupun tak mahu hipokrit Didie jelaskan masih lagi tak bersedia untuk berhijab dan berharap orang ramai dapat doakan dirinya menutup aurat suatu hari nanti..

Tapi, peminat dah kritik cara penampilan Didie.. Iyerlah, Didie berturban sebab nak promosikan tudung anak, kalau anak tak hasilkan tudung jenama sendiri Didie tak akan pakai tudung?

Anak-anak dididik untuk menutup aurat dan memakai tudung sepenuhnya.. Tapi, Didie tak berhijab dan masih belum sedia untuk menutup aurat..

Antara komen padas netizen pada Didie ialah, “kalau cmtu mase malaikat maut nak tarik nyawa boleh ke ckp " aku belum bersedia untuk mati" ...? sedangkan smua sudah ditetapkn tiada tangguhan.”..

Walaupun terima kritikan Didie tak mahu ambil pusing dan jadikan kritikan itu sebagai membakar diri untuk kekal positif..

Macam-macam hal artis ni, kritikan kearah kebaikkan sepatutnya  diambil buat pengajaran.. Dah berusia macam ni masih lagi tak mahu menutup aurat? MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top