0

Ramai sungguh pelakon lama yang tak berpuas hati dengan pelakon baru dalam industri.. Kalau dulu Fasha Sandha pernah menyuarakan rasa tak puas hati dengan segelintir sikap pelakon baru.. Kali ini, pelakon Didie Alias pula tampil memberi ‘warning’ pada pelakon baru untuk lebih menjaga adap..

Pelakon baru mana pulak ni yang tak beradap dengan Didie? Tak sedar diri betul pelakon baru masa kini.. Didie berang dengan segelintir pelakon baru yang tak beradap terutamanya semasa di set penggambaran..

Kalau sekali buat perangai tak beradap mungkin Didie boleh terima, tapi bila dah berkali-kali perangai tak beradap, siapa boleh tahan.. Didie dedahkan dah banyak kali lalui pengalaman bekerjasama dengan perlakon baru di set penggambaran..

Pelakon baru jenis tak mahu bergaul dengan orang lain, hanya duduk di set penggambaran dan mengadap telefon bimbit dan langsung tak menegur dan bermesra dengan orang lama.. Telefon bimbit digunakan untuk mengelak dari bercakap dengan pelakon lain..

Kalau dulu Didie bergelar pelakon baru akan cuba untuk bergaul dan beramah mesra dengan orang lama untuk wujudkan rasa gembira bersama-sama di set penggambaran.. Tapi, pelakon baru masa kini dah terlalu biadap, sampai langsung tak hormat orang lama..

Boleh bukan buat ‘bodoh’ dan terus masuk ke set penggambaran rasa diri tu orang hebat.. Bila tanya kenapa tak tegur orang lama, mulalah bagi alasan konon-konon takut nak tegur orang lama.. Pelakon lama tu bukan singa bila ditegur nak makan orang..

Agak-agak pelakon baru mana yang dah biadap dengan Didie ni ye? Didie ada bergandingan dengan pelakon baru mana sebelum ni? Teringin pula Miss A nak tahu siapakah gerangan pelakon yang biadap ni..hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top