0





Selepas didakwa sombong dengan artis senior, kini kumpulan yang popular dengan lagu Sudah Ku Tahu makin menjadi tumpuan kritikan netizen.

Gitaris utama kumpulan itu, Razif atau dikenali sebagai Angah berkata, dakwaan tersebut tidak benar kerana sebagai artis baru yang sedang meningkat naik mereka harus menghormati artis senior.

"Kami sebenarnya bertegur dengan barisan artis-artis senior. Mungkin ada sesetengah pihak yang nampak kami tidak bertegur sehingga mereka mengatakan sebegitu.

"Mungkin juga di situ ada silap kami sehingga terlepas pandang untuk tegur mereka. Pada mulanya kami tidak bertegur tetapi akhirnya kami berborak dengan mereka," katanya.

Walaupun telah menjelaskan hal yang sebenar berkaitan dengan insiden tak bertegur sapa dengan artis senior tersebut, netizen di sebuah laman forum bertindak mengkritik kumpulan terbabit.

Selain dari mutu vokal yang dikatakan tak mampu menandingi Khai Bahar, kualiti video klip lagu Sudah Ku Tahu juga dikritik hebat kerana dikatakan sesuai untuk 'mat rempit' sahaja.

Anggota Projector Band pula menyalahkan penaja ketika ditanya mengenai rungutan peminat mengenai video klip mereka.

"Sebenarnya video muzik itu sepatutnya dibuat berdasarkan lirik lagu tersebut tetapi  atas sebab-sebab tertentu kami terpaksa juga mengubah jalan penceritaannya.

"Disebabkan muzik video ini mempunyai penaja jadi kami perlu mematuhi dan mengikut kehendak yang mereka.

"Kami ingin memohon maaf kepada peminat yang kecewa dengan muzik video itu. Mungkin untuk single seterusnya kami akan buat yang terbaik supaya tidak menghampakan mereka," ujarnya. - Utaranews.com

Post a Comment

 
Top