0

Jika penulis bernama Mukhriz Mahathir, penulis tidak tahu dimanakah harus penulis sembunyikan kelibat bapa penulis, Mahathir Mohamad. Malu bukan kepalang, tidak tergambar seorang 'negarawan ulung' dimalukan rakyat sebegini rupa...

Mahathir sebelum ini dengan bangga mengisytihar diri menyokong calon Pakatan Harapan. Terang-terangan bapa Mukhriz itu menggesa supaya Barisan Nasional (BN) ditewaskan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Malah dilaporkan juga bahawa Mahathir sanggup mengerah saki baki tenaga tuanya pada umur 91 tahun untuk turun padang berkempen bagi pihak Pakatan Harapan. Bukan sekali dia turun berkempen, malah berkali-kali dia 'meroyan' siang dan malam.

Namun yang jelas, rakyat telah memberi mandat yang lebih kepada BN walaupun Mahathir menabur tohmahan demi tohmahan kepada kepimpinan BN, terutama Dato' Seri Najib Tun Razak. Jika Najib tidak dihentam, Mahathir akan kutuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau tidak peduli. Ramadhan atau tidak, serangan demi serangan tetap dilancarkan walau fakta yang diutarakan disahkan palsu, tidak tepat, malah tidak benar. Mahathir bagaikan gagal mengawal nafsu lidahnya di bulan puasa, bukan?

Pada pandangan penulis, adalah amat malang bila 'negarawan ulung' itu dilihat semakin teruk 'nyanyuk'nya di mata rakyat. Ada yang datang mendengar dia berkempen. Tapi dia tidak sedar bahawa rakyat yang datang mendengar dia 'meroyan' itu mecebik bibir memandang rendah padanya.

Mungkin tiada yang beritahu Mahathir tentang ramai rakyat Kuala Kangsar dan Sungai Besar memandangnya sebagai 'sudah nyanyuk'? Ada yang ketawa di belakang Mahathir, memandang sini pada 'auta' yang dikemukakan bapa Marina itu.

Kasihan Mahathir. Semakin hari, semakin hilang pengaruhnya. Semakin hari, ramai yang makin hilang rasa hormat padanya. Rakyat akui jasanya ketika mentadbir negara selama 22 tahun. Tapi selepas dia berubah menjadi 'nyanyuk' begini, ramai yang mengatakan dia 'merepek'.

Maka kerana itulah, jika penulis merupakan anak Mahathir, nescaya penulis akan memujuk bapa penulis itu untuk tidak terus memalukan imejnya di mata rakyat. Sebaliknya, penulis akan pujuk Mahathir untuk berkelakuan seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah dijatuhkan Mahathir sebelum ini.

Tun Abdullah kini lebih tenang. Beliau kini 'memegang' Petronas, mengambil alih jawatan yang dilepaskan Mahathir. Penulis jangka, ada yang hilang 'lesen ekskusif' di Petronas selepas ini setelah memonopolis sebahagian kontrak lumayan di GLC terkaya negara itu.

Justeru pesanan penulis kepada Mukhriz dan Marina, pujuklah Mahathir kembali ke pangkal jalan. Jika ada maruah, wajar Mukhriz keluar saja dari UMNO untuk mengambil hati bapanya. Selepas bapanya meninggal dunia, pohonlah kembali keahlian UMNO jika mahu.

Itupun kalau permohonan itu diterima UMNO. Cuma penulis tidak pasti cawangan atau bahagian mana yang sudi terima Mukhriz selepas ini. Melihat pada tingkah laku dan corak politik 'mentah' Mukhriz, mungkin tiada siapa yang sudi ambil Mukhriz... -Amir Hamzah/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top