0

Dek kerana kecuaian doktor, seorang lelaki di Riyadh yang pernah menjalani pembedahan buah pinggang terkejut besar bila mendapati kain yang digunakan doktor ketika pembedahan tertinggal di dalam perutnya selama hampir empat tahun..

Bagaimanapun kain tu telah dikeluarkan pada minggu lalu.. Korang tengok jer lah, betapa besarnya kain yang ditinggal dalam perut lelaki terbabit.. Macam mana lah doktor tu boleh tertinggal kain selebar tu dalam perut pesakitnya, hah??

Sengaja nak aniaya pesakitnya ke?? Miss tengok kain tu macam ‘kain buruk’ yang patut dibuang dalam tong sampah jer, tapi doktor tu ‘buang’ dalam perut pesakitnya.. Haisshhh!

Kecuaian yang tak dapat dimaafkan! Nasib baik lah lelaki tu mendapatkan rawatan jugak di sebuah hospital di Jouf, Arab Saudi minggu lalu selepas dia dah tak tahan lagi nak menahan derita sakit perut yang teruk sejak menjalani pembedahan tu..

Lelaki tu pun satu hal, mengambil masa lama untuk mendapatkan rawatan.. Nasib baik lah tak ada kesan sampingan selepas sehelai kain yang panjang dan lebar 40 sentimeter tu tertinggal dalam perut dia yer.. MissHana/Utaranews.com

Post a Comment

 
Top