0

Masih ingat lagi dengan saranan Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang mengarahkan Jabatan Agama Islam, Perlis untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana imam masjid di Perlis sekiranya mereka enggan untuk melaksanakan amalan ibadat solat sunat tarawih 8 rakaat sahaja.

Dr Asri ni mahu semua imam di negeri tersebut mengikut kehendaknya dan hanya mengerjakan solat sunat tarawih 8 rakaat sahaja... Tak payah buat sampai 20 rakaat. Dr Asri ni sebenarnya mengikut fahaman Wahabi jadi dia nak orang lain pun ikut macam dia.

Bendahari Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Ustaz Yussaine Yahya berkata Dr Asri sengaja berbuat sedemikian dan telah menjalankan tanggungjawabnya dengan cara yang amat mengelirukan. Habis semua rakyat keliru dan tak faham dengan dia ni.

Sudah la ajarannya tu bertentangan dan agak ‘sesat’ la jika hendak dibandingkan dengan fahaman Shafie... Lepas tu punya la nak orang ikut cakap dia sehingga tergamak suruh Jabatan Agama Islam pecat je macam-macam imam yang taknak ikut cara dan arahannya.

“Macam di Perlislah mufti (Asri) paksa imam-imam kena ikut dia(fahaman wahabi), (dan) mana-mana imam yang tak ikut akan dipecat semuanya.

“(Bila ditanya) dia kata saya tak pecat, memanglah bukan dia pecat (sebab) yang tandatangan surat pecat adalah Pengarah Jabatan Agama Islam (negeri Perlis) tapi yang cadang untuk ambil tindakan adalah dia (Asri) dalam mesyuarat majlis ” katanya ketika menyampaikan kuliah Dhuha di Masjid al-Falah, di Subang Jaya, Khamis lalu.

Kalau korang nak tahu, sehingga sekarang ini sebanyak 29 imam di sekitar masjid di negeri Perlis telah tersenarai dan tunggu masa je untuk diambil tindakan dan dipecat daripada jawatan tersebut.

“29 imam dalam senarai nak kena pecat, sebab tak ikut tatacara panduan beribadat. Apa dia tatacara beribadat mufti perlis (antaranya) Bismillah tak boleh buat, tak boleh zikir ramai-ramai, tak boleh doa ramai-ramai, sujud syukur tak boleh buat, yasin malam jumaat jangan baca, talkin arwah jangan buat dan sebagainya.

“Benda-benda tersebut benda wajib ke benda khilaf? Orang tak puasa kita tak ambil tindakan, orang tak puasa Isnin Khamis kita denda. Betul ke tak betul? Orang tak sembahyang Jumaat, orang tak sembahyang, orang berzina, bercampur gaul lelaki perempuan” katanya lagi.

Tersangat-sangat bertentangan dengan fahaman yang kita umat Islam selalu ikut, betul tak?? Tak ke macam sesat tu?? Pelik betul la. Sepatutnya Dr Asri ni fokuskan untuk banteras masalah sosial di kalangan masyarakat dan bukannya dok larang umat Islam untuk cari pahala lebih.

“Dipantai Kuala Perlis tu penuh bersidai belangkas-belangkas hidup, siang malam jantan betina. Yang tak reti baca quran, yang jahil, yang Islam tidak kenal tuhan, belambak-lambak di Perlis buat apa yang duk sibuk tok imam yang buat benda-benda khilaf ni?

“Nak ‘bismillah’ pelan nak ‘bismillah’ kuat buatlah nak ‘bismillah’ dengar dari Kangar sampai Alor Setar pun tak apa. Tak ada masalah pun yang ada dalil belaka. Kalau benda tu disepakati ulama takpalah. Kecuali kalau tok imam tu solat subuh lapan rakaat wajib tak kena pecat? Tentulah kena pecat,” ujarnya pula.

Punya pelik Dr Asri ni sehingga dia  lebih sanggup melihat masjid di negeri Perlis kosong kerana ingin melaksanakan amalan yang disifatkan sebagai sunnah. Eshh tak betul punya orang.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top