1

Nama sahaja Mufti tapi perangai dan pemikiran sangat-sangat bertentangan... kadang-kadang terlintas jugak dalam kepala Gomez ni....  Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin ni sebenarnya ada mengikut ajaran sesat atau mengikut mazhad selain daripada Syafie.

Sebabnya, semua orang mesti tahu kan solat sunat tarawih ‘diwajibkan’ 20 rakaat bagi seluruh negeri... Tapi kalau nak buat 8 rakaat takde masalah. Cuma setiap imam di negeri tersebut ‘wajib’ buat 20 rakaat... berlainan bagi negeri Perlis.

Dr mohd Asri atau lebih dikenali dengan panggilan Dr Maza ini bertentangan sangat pemikirannya... Dia tetap dengan pendiriannya dan mempertahankan langkah pihak berkuasa agama negeri itu yang membenarkan lapan rakaat bagi solat sunat tarawih berjemaah sepanjang Ramadan di semua masjid negeri itu.

Perkara tersebut mendapat perhatian Dr Maza selepas sejumlah penduduk di Perlis tidak bersetuju dengan langkah imam asjid yang hanya menunaikan solat tarawih 8 rakaat sahaja dan tidak 20 rakaat seperti negeri lain.

“Jika seseorang imam ditukar bukan kaitan dengan jumlah rakaat tarawih tetapi berkaitan disiplin dan moral yang tidak perlu didedahkan kepada awam.

“Jika ada kaitan SPRM ia akan diserahkan kepada SPRM, demikianlah seterusnya tanpa perlu didedahkan,” kata Asri dalam coretan Facebook, merujuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Namun begitu, menurut Dr Maza pihaknya tidak mempunyai sebarang hak dan kuasa untuk menghalang orang ramai untuk menentukan berapa rakaat solat tarawih yang mahu mereka kerjakan... Semua itu terpulang kepada imam dan Jemaah yang menentukannya.

“Maka imam itu diminta oleh Mufti untuk ikut permintaan jamaah. Malangnya, ternyata tidak ramai yang bersolat 20 rakaat. Pihak Jabatan Mufti tiada kuasa memaksa orang ramai bersolat 20 rakaat. Memadai kadar kemampuan setiap orang. Ia hanya solat sunat,” katanya.

Selain itu, Dr Maza turut tidak berpuas hati dengan tindakan sesetengah indivitu yang tidak setuju dengan solat tarawih lapan rakaat, sambil melabelkan mereka “Ahbash”, iaitu sejenih aliran yang dikatakan melampau.

“Ahlus Sunnah wal Jamaah adalah pegangan rasmi di Perlis. Fatwa rasmi negeri mengharamkan Ahbash dan akan diwartakan sebagai undang-undang.

“Ini kerana pengaruh ajaran ini menjadikan penganutnya sering berbohong dan membuat berita palsu,” katanya.

Pelik jugak.... Sebab sudah menjadi kebiasaan dan kewajipan di setiap masjid untuk mengerjakan solat tarawi 20 rakaat. Tetapi terpulang kepada Jemaah untuk memilih berapa rakaat yang mahu mereka kerjakan. Kalau yang nak cari pahala lebih tu macam mana?? Sebab imam pun buat 8 rakaat je huhuuu...-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

  1. Tiada masalah besar pun, admin. Nak pahala lebih, sambunglah di rumah pula. Solat sunat sahaja tiada yang diwajibkan 20 rakaat. Negeri Sembilan pun buat 8 rakaat tarawih dan 3 rakaat witir.

    ReplyDelete

 
Top