0

Disebabkan tindakan tidak cerdik sang suami, si isteri pulak dok makan hati. Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan suami kepada Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali... kalau korang tak kenal tak tahu la nak cakap apa.

Semua orang tahu pasal kelancangan dan mulut celupar Mahathir ni telah menyebabkan dirinya sendiri dicerca serta dihina... ramai jugak yang mula mengutuk Mahathir dan benci terhadapnya. Namun sedar tak sedar tindakan Mahathit tu memakan diri isterinya.

Dr Siti Hasmah meluahkan rasa sedih dan terkilan tak kala suami kesayangannya itu dihina... macam mana tak dihina... semuanya sebab tindakan tidak cerdik Mahathir jugak. Nak salahkan kerajaan dan orang yang menghina pun tak boleh jugak sebab sebelum ni elok je Mahathir disanjung.

“Kita tak boleh buat apa, mereka berkuasa sangat, serah saja kepada ALLAH. Mungkin ada hikmah di sebalik sesuatu yang berlaku,

“Saya tahu suami saya (Tun Dr Mahathir Mohamad) kecewa dan sedih jadi tunggu saja, serah kepada ALLAH. Tak pe lah.. orang tu terlalu berkuasa, kita tak boleh buat apa,” katanya ketika ditemui di Yayasan Kepimpinan Perdana sempena pelancaran buku, My Name is Hasmah, semalam.

Ini bukan masalah ‘orang itu berkuasa’ atau ini... Ini masalah tindakan Mahathir itu sendiri yang telah menyebabkan dirinya dibenci dan dihina. ‘Orang berkuasa itu’ tak pernah pun dengan sengajanya memburukkan atau menjatuhkan Mahathir.... Sebaliknya Mahathir pulak yang cuba nak menjatuhkan ‘orang itu’.

Tapi nak buat macam mana kesian jugak la depan isteri Mahathir... Dah nama pun isteri kan kalau suami kena hina pastinya isteri jugak akan merasa pedihnya. Apa yang Dr Siti Hasmah boleh buat bagi mengurangkan kekecewaan dan kesedihan tu, apa kata tolong nasihatkan Mahathir supaya bersara je dari dunia politik dan jangan masuk campur dengan urusan orang lain... zamannya dah berakhir.

“Sebagai isteri kepada Mahathir, saya mengaku serangan dan perbuatan mereka terhadap beliau sangat memberi kesan tapi saya tak tunjuk, tak nak beliau bertambah risau.

“Sebab itu saya memilih untuk sentiasa bersamanya setiap masa dan menghormati perjuangannya yang masih belum selesai. Kadang-kadang saya kasihan mengenangkan nasib beliau yang diperlakukan sedemikian rupa,” katanya.-TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top