0

Siapa antara u’olls pengikut setia akaun Instagram Eina Azman? Miss A tak nafikan antara salah seorang pengikut setia Ig milik Eina.. Terutama sejak Eina dah melahirkan anak kembar sepasangan, Arianna Aubrey dan Karl Kareef..

Eina memang seorang wanita yang cukup pakej dah la cantik, lebih penting Eina pandai masak.. Boleh dikatakan sepanjang bulan Ramadhan ni suaminya Datuk Paduka Kaiser hanya makan hidangan yang Eina masak saja tanpa perlu beli makanan di bazaar..

Setiap hari Eina akan kongsikan video sedang masak makanan berbuka dan sahur untuk suami.. Tapi, menjadi perhatian ramai bila setiap kali masak, bahan penting wajib ada dalam masakan Eina adalah cili api..

Serius banyak-banyak cili api, bukan sebatang dua cili api yang Eina akan gunakan.. Tapi, boleh dikatakan hampir 20 atau 30 batang cili api.. Satu video terbaru Eina masak untuk sahur betul-betul mencuri perhatian bila Eina masak nasi goreng kampung ‘spicy’..

Eina gunakan hampir 10 atau 20 batang cili api yang dipotong dan dimasukkan ke dalam nasi goreng buatkan pelakon itu dah kena ‘tegur’dengan peminat.. Tak tahu bahaya makan cili api dalam kuntiti yang banyak macam ni ke?

Tak silap Miss A kalau makan terlalu banyak cili api, biji cili tu boleh sebabkan penyakit eppendik.. Nak makan untuk sahur kot, tak kisah la diri tu ‘hantu’ cili api sekali pun.. Tengok keadaan dan masa la nak makan cili api, Eina makan pedas macam ni tak beri kesan pada bayi yang menyusu badan ke?

Mahu berpeluh satu badan anak-anak Eina kalau maknya makan cili api banyak tu setiap hari kalau masih lagi menyusu badan.. Fuhh, boleh keluar masuk tandas satu hari suntuk macam ni kalau makan nasi goreng kampong spicy Eina waktu sahur..hahaha.. - MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top