0

Walaupun dilihat sentiasa ceria dan gembira dengan populariti yang dimiliknya, ramai orang tak tahu sejak bergelar penyanyi popular, Elizabeth Tan dengan lagu ‘Knock-Knock’ itu sering alami tekanan hidup sebab dihina oleh netizen..

Awal kemunculan Elizabeth atau lebih dikenali sebagai Lizzy, penyanyi tu tak diterima baik oleh beberapa orang.. Waktu lagu nyanyiannya dah berjaya terpilih ke pertandingan berprestij Anugerah Juala Lagu 30 (AJL)..

Ramai yang selalu mengkritik dan menghina, Lizzy dedahkan dia selalu mengalami tekanan perasaan sebab selalu dikecam tak reti menyanyi dan suara tak sedap.. Setiap kali buka akaun Instagram dan baca komen, ramai yang kutuk suara Lizzy tak sedap.. Sepatutnya Lizzy tak layak untuk bergelar penyanyi..

Sebabkan selalu sangat terima komen negatif macam tu Lizzy selalu dok menangis, sampai satu tahap Lizzy rasa dia nak berhenti dari jadi penyanyi dan tak terlibat lagi dalam industri seni..

Tapi, sebabkan masih mendapat sokongan orang sekelilingan seperti keluarga dan rakan-rakan Lizzy tak mahu mengalah dan telah muncul dengan lagu baru iaitu ‘Tabah’.. Lizzy pun dah melebarkan sayapnya ke negara seberang Indonesia..

Lizzy dapat tawaran jadi juri untuk pertandingan ‘Just Duet’, kat sana pun peminat program tu pertikai kelayakan Lizzy untuk jadi juri program itu.. Lizzy ambil pandangan negatif orang ramai sebagai pembakar semangat..

Lizzy pun dalam perancangan nak hasilkan satu lagi lagu baru dengan seorang artis Indonesia.. Tapi Lizzy tak mahu dedahkan secara terperinci siapakah artis yang bakal Lizzy duet.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top