0

Walaupun tak memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan pernah dikritik oleh netizen sebab tak sambung belajar.. Semangat pelakon Emma Maembong untuk terus berusaha dan berjaya dalam industri seni tak terhenti di situ..
                 
Emma pernah keluarkan kenyataan tak ada SPM tak bermakna hidup tak akan berjaya.. Emma sendiri dah buktikan belajar tak habis Emma masih lagi boleh sara kehidupan.. Jadi pelakon tak perlu pencapaian akademik yang baik, kalau ada rupa paras dah boleh jadi artis popular..hahaha..

Dah mula sedar sumber pendapatan tak perlu tertumpu pada tawaran lakonan saja.. Emma pun dah mula mengikut jejak langkah artis tempatan lain untuk mula kembangkan sayap dalam bidang perniagaan.. Sebelum ini, Emma ada keluarkan produk kecantikan iaitu Emmamaembongbubble..

Terkini, Emma dah pun tambah satu lagi produk baru untuk dijual pada peminat.. Kiranya memang lain dari yang lain.. Artis wanita selalu jual tudung atau minyak wangi.. Emma pula dah pun mula menjual hasil lukisan yang sudah dilukis oleh keluarga Maembong..

Ayah Emma iaitu Ismail Embong kan seorang pelukis, bakat Ismail nampaknya dah turun pada anaknya.. Emma sendiri memang pandai melukis, bakat melukis ada pada Emma dan kakaknya Yaya Meembong.. Emma dah mula menjual kesemua hasil lukisan Maembong pada peminat..

Tak dinafikan lukisan yang dilukis keluarga Maembong memang cantik-cantik, dari mata kasar Miss A.. Memang bebakat betul Emma dalam melukis, tak sangka hebat betul hasil lukisan yang dilukis..

Emma ada wujudkan satu akaun baru yang diberi nama @Maembongarts.. Ig tu dibuat untuk para peminat nak beli lukisan dari Maembong.. Kalau uolls nak beli boleh follow Ig tu, memang dapat sambutan baru bukak dah banyak lukisan yang sold out.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top