0

Kesian betul tengok pemimpin-pemimpin pembangkang ni.... Asal ada pemimpin pembangkang ditahan kerana didakwa melakukan kesalahan, pasti dituduhnya penahanan tersebut bermotifkan politik dan sebagai dwi-standard.

Macam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim... Anwar yang ditahan atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, telah dituduh sebagai penahanan bermotifkan politik... Walaupun mahkamah telah membuktikan Anwar bersalah terhadap dakwaan tersebut, pemimpin pembangkang tetap mengatakan ia bermotifkan politik dan dwi standard.

Kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang ni susah sangat nak terima kenyataan bahawa rakan sekutu mereka telah melakukan kesalahan??? Kenapa kesalahan yang dilakukan oleh rakan mereka perlu dipertahankan??

Macam kes penahanan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng semalam.... Ramai pemimpin pembangkang mengatakan penahanan Guan Eng tu bermotifkan politik.

Nak tanya juga... Tang mana motif politiknya?? Bahaya sangat ker Guan Eng ni sampai kerajaan terpaksa menangkap dan menghumban Guan Eng ke dalam penjara?? Setakat Guan Eng ni, apa laa sangat.

Turut tidak melepaskan peluang mengecam kerajaan dengan penahanan Guan Eng ini bermotifkan politik ialah Exco Hal Ehwal Islam Pulau Pinang Datuk Abdul Malik Abdul Kasim.

Dalam masa sama, Malik Kasim turut melepaskan geram terhadap pihak berkuasa yang menahan Guan Eng dengan mengatakan kuman di seberang lautan nampak, gajah di pelupuk mata tak nampak.

Meroyan lebih laa pula Exco Hal Ehwal Islam ni.... Tahu laa Guan Eng tu bos korang... Tapi tak payah nak meroyan sampai macam tu sekali... Cool down laa... Kita tengok betul ke tidak Guan Eng bersalah dalam hal ni... Jangan nak melenting cepat sangat... Biar mahkamah yang putuskan!! OK??

Post a Comment

 
Top