0

Selepas tamat program “Gegar Vaganza 2’ dah lama tak dengar khabar berita tentang penyanyi Ezad Lazim.. Tak seperti juara GV2 iaitu Siti Nordiana, selepas tamat program mendapat banyak tawaran..

Ezad kurang mendapat tawaran menyebabkan wajahnya jarang muncul di kaca TV.. Tapi, ada jugak Ezak muncul untuk beberapa program di Astro.. Sudah pun berpuasa, Ezad kongsikan gambarnya di akaun Instagram mendapat jemputan untuk persembahan nyanyian di beberapa majlis berbuka..

Tapi, ada beberapa gambar yang dimuatnaik Ezad menampakkan dirinya semakin kurus.. Takkan baru puasa beberapa hari Ezad dah kehilangan berat badan yang agak banyak? Untuk maklumat Ezad memang mengalami penurunan berat badan yang banyak kerana Ezad menghidap jangkitan sinus..

Ezad akan menjalani pembedahan akibat jangkitan di sebuah hospital Ampang lepas hari raya depan.. Buat masa sekarang Ezad hanya akan makan ubat untuk tengok reaksi keradangan.. Ezad dapat tahu mendapat jangkitan sinus dari bulan lalu lagi, Ezad mula sedar bila sering selesama, sakit kepala dan beringus..

Sepanjang bulan Ramadhan ini Ezad tetap berpuasa cuma bila waktu berbuka Ezad akan muntah dan perut tak boleh nak terima makanan.. Sebab itu nampak berat badan Ezad makin susut, bila makan ubat Ezad akan rasa sakit di ulu hati..

Uolls semua tengok Ezad dah semakin kurus jangan fikir Ezad kena buatan orang pula.. Asal nampak artis berat badan turun dengan drastik mula fikir artis kena bomoh.. hehehe.. MissA/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top