0

Kecil besar kecil besar je Gomez tengok aktivis Fahmi Reza ni.... Sebab apa?? Kerana dia punya sifat sombong dan angkuh tu, makkkkk aiiiii!!! Boleh buatkan orang naik darah pulak... Dah la muka sendiri macam badut tapi suka hati je sama kan orang lain dengan badut. Muka sendiri tu tak sedar lagi buruk pada badut, hahaha! Opsss,  terlebih pulak.

Ingat lagi Fahmi Reza?? Mamat yang kononnya ‘tukang grafik’ terkenal yang terulung di seluruh dunia... Kononnya la! Sebab si Fahmi dok bangga sangat bila dia boleh hasilkan ‘karya seni’ muka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang disamakan seperti badut.

Lepas tu ada la karya seni dia tu dihargai atau lebih tepat dapat simpati dari dunia luar... Sebab tu la dia bangga sangat dan rasa karya dia tu dihargai... Bukan tu je, sombong pulak tu sebab pihak berkuasa tidak ambil tindakan terhadapnya.

Disebabkan itu, perangai buruknya makin menular... Kali ini katanya dia tak hairan kalau dipenjarakan, malah dia sudah bersiap sedia untuk dipenjarakan kerana karya-karyanya. Dah lama dah Fahmi ni dok buat kerja jahat macam ni, sejak awal tahun 2000-an lagi.

Kini Fahmi didakwa mengikut Seksyen 233, Akta Komunikasi dan Multimedia pada hari Isnin kerana menghasilkan karikatur berupa wajah badut Perdana Menteri. Lepas beberapa bulan karikatur itu disiarkan... Mereka memutuskan untuk mendakwanya di mahkamah.

"Anda tahu mengapa?" soalnya.

Tambah Fahmi, dia kononnya tak takut dengan sebarang ancaman sebab tu selepas dia didakwa, dirinya tetap meneruskan kegiatan tak bermoral tu. Kononnya walaupun dia didakwa, itu tak akan menakut-nakutkannya dan berhenti menghasilkan karya badut tu.

Dengan angkuhnya Fahmi berkata, pihak berkuasa terpaksa mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan terhadapnya kerana konon pihak berkuasa tidak pernah mengendalikan kes seperti dirinya.

Puihhhhh!! Rasa nak tergelak pun ada... Kononnya pereka grafik ni mempunyai kemahiran yang ramai tidak miliki dan itu memboleh mereka menyalurkan mesej secara visual. Susah untuk melakukan kerja mengutuk kerajaan jika seseorang tu dah berkahwin dan ada anak sebab kena fikirkan nasib mereka sama.

"Jadi apa nasihat yang boleh saya berikan? Nasihat saya ialah jangan kahwin," katanya. Imej badut itu telah menjadi viral dan diterbitkan semula sebagai pelekat dan baju-T.

Pelukis grafik itu ditahan Sabtu lalu ketika mempromosi baju-T yang memaparkan imej tersebut dan hastag #KitaSemuaPenghasut di majllis KL Alternative Bookfest di Publika di Kuala Lumpur.

Fahmi kemudiannya dibebaskan awal pagi Ahad lalu, dan didakwa di mahkamah pada hari Isnin.

Dia dijangka dihadapkan ke Mahkamah Seksyen di Ipoh pada hari Jumaat untuk tuduhan kedua, iaitu menyiarkan parodi amaran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di akaun Facebooknya. - TiraGomez/UtaraNews.com

Post a Comment

 
Top